Wednesday, March 16, 2011

Kek tak semena-mena

Entah macam mana jadi sebijik kek kopi kacang walnut yang besar. Ada dua biji kek yang dilapiskan. Pagar coklat ditepi adalah utk menutup permukaan yang tidak rata. Maklumlah, saya belum ada spatula dan beg piping sendiri.


Adakah eksperimen ini akan disusuli dgn kek -kek lain?

Sunday, March 06, 2011

perpustakaan dan ofis sendiri

Demi mengekalkan momentum, saya gagahkan juga ke perpustakaan. Bukan senang hendak menukar mood hari ahad, lebih-lebih lagi selepas pulang dari carboot. Tapi, di dalam fikiran saya, idea sedang menari-nari, maka tidak wajarlah saya membiarkannya.

Alhamdulillah, ilham sebegini tidak dtg selalu.

Saya menanggalkan beg yang disandang untuk mencari tempat duduk yg kosong. Sambil-sambil itu saya juga menjenguk tempat fotostet kalau-kalau tiada orang. Saya memilih meja karel bersebelahan tingkap kaca besar.

Tetapi sejak bila pula perpustakaan jadi hiruk pikuk. Di sebalik meja karel kedengaran suara hembusan hingus sekuat hati setiap setengah minit. Di belakang saya pelajar cina tanah besar sedang berbual dengan rancaknya melalui telefon. Di sebelah kanan saya dua orang pelajar scottish ber skype menggunakan laptop. Dan nun di sebelah utara barat saya beberapa pelajar Afrika sedang berdebat sesuatu. Mujurlah saya boleh menelaah walaupun bingit begitu. Mungkin juga kerana saya sudah mula memahami undang-undang EU dalam konteks kerja saya yang selama ini sgt memeningkan kepala. Jika saya berada di rumah, sudah tentu saya sudah tidur atau bermain puzzle dengan muadz yang baru dapat dua set puzzle baru dari carboot.

Tidak mengapa, hari sabtu dan ahad sahaja saya berkemungkinan menelaah di perpustakaan (main library). Itupun jika tiada aktiviti komuniti atau aktiviti senggang lain. Hari-hari biasa saya berada di ofis pelajar PhD di bangunan berasingan ataupun di perpustakaan undang-undang. Di ofis kami, keadaan adalah amat berbeza. Sebatang pen sahaja jatuh, kami akan kata 'Sorry'. Jika ada telefon yang lupa dimatikan atau dimod senyapkan berbunyi, kami akan kata 'Sorry', dan terus keluar dari ofis tersebut.Jika ada perbincangan yg agak panjang, kami akan berbual di luar. Kadang-kadang, jika kami bersembang juga, akan kedengaran bunyi suara berbisik dan gelak-gelak kecil sahaja. Sudah tradisi begitu di ofis kami. Sehinggakan ada kawan kami berdengkur, dengkurannya terdengar begitu kuat sekali di dalam ofis itu. Oh ya, tidak lupa juga bunyi perut. Itu yang menyebabkan saya terpaksa pulang awal pada bulan puasa atau ganti puasa kerana perut berbunyi amat kuat. Ia tidak mengganggu orang, tapi saya yang tidak selesa apabila didengar orang. Di sini perut berbunyi adalah normal, mungkin kerana cuaca yang berangin. Untuk mengelakkannya, orang sini kata makan oat...dan kalau ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w kunyah makanan betul-betul dan jangan makan terlampau laju, insyaAllah perut tidak kembung atau berangin.

Ofis kami buka juga pada hari sabtu dan ahad, tetapi orang tidak ramai dan koridornya gelap. Saya juga takut menggunakan lif, bimbang sangkut dan tiada orang yang dpt datang selamatkan.

DSC_0837


Saya telah berjaya memfotostet sebahagian buku yang diberi pinjam oleh penyelia saya. Ada lagi satu buku inter-library loan yang belum saya buat salinan. Kalau di Malaysia sudah tentu saya tinggalkan sahaja buku tu di kedai fotostet BBB dan kutip kemudian. Tak payah pening kepala. Di sini saya kena fotostet sendiri. Sangat letih. Kalau tak fotostet, bimbang pula buku itu diperlukan lagi dan nak pinjam semula melalui interlibrary loan susah pula. Saya amat berterimakasih kepada penyelia saya yang tidak pernah lokek memberi pinjam buku. Saya tidak minta, dia yang sungguh-sungguh suruh saya rujuk.

Sampai sahaja di rumah, saya buka peti dan keluarkan smoked makarel. Saya bakar smoked makarel tu dan buat air asam. Lepas tu makan dgn nasi panas-panas....sedapnya masha allah.

Wednesday, March 02, 2011

Crossing the bridge first

Semasa hendak membuat keputusan ke UK, macam-macam perkara yg kami ambil kira..seperti macam mana kalau seniority hilang, macam mana kalau tak sambung belajar dua-dua...tapi apabila surat tawaran ke UK datang, suami saya kata, insyaAllah ada hikmahnya dan untuk sekarang kita seberang jambatan ini dulu ( 'cross the bridge first'). Itulah yang kami lakukan.

Kita memang tidak dapat meramal masa hadapan, kita hanya mampu merancang.

Kalau kita berasa takut dengan satu benda yang besar di hadapan kita, kita seberang dulu jambatan berdekatan kita.

Dan InsyaAllah, semuanya disandarkan kepada Allah s.w.t.

Hari ini saya telah menyeberangi satu jambatan. Saya telah membuat pembentangan penyelidikan saya di dalam seminar PhD. Seminar ini diadakan setiap dua minggu. Dan pada setiap dua minggu kami akan mengucapkan selamat maju jaya kepada pembentang. Biasanya yang membentang akan terus melangkah ke peringkat seterusnya samada untuk tujuan penaiktarafan status pelajar atau viva. Dan pada setiap dua minggu itu saya membayangkan diri saya di tempat pembentang.

DSC_0783

Dengan hati yang tekad saya menetapkan tarikh saya untuk pembentangan sebulan awal. Saya tahu saya tidak akan bersedia jika tarikh tidak ditentukan. Kawan saya dari Iran yang daftar sbg pelajar lebih awal dari saya mengucapkan terima kasih kerana dia juga telah mendapat semangat untuk menetapkan tarikh selepas melihat saya berbuat demikian. Bagus juga kerana saya ada kawan untuk sama-sama memberikan motivasi. Dan itulah yang berlaku dalam masa sebulan itu. Kami pastikan kami berjumpa dengan kedua-dua penyelia kami dan kami bertukar-tukar pandangan mengenai penyelidikan masing-masing. Saya telah membuat pembentangan olok-olok dan dirakamkan, dia juga melakukannya, malahan dia telah sempat menjemput kawan-kawan lain dari pusat lain yang telah memberikan maklumbalas yang sangat bernas. Saya tidak sempat berbuat demikian.

Hari pembentangan tiba. Saya yang membentang dahulu. Saya takut dan di dalam hati saya, saya tidak henti-henti memujuk hati, memandang tepat kepada audien yang mula membanjiri seminar. Kami sama-sama mengucapkan selamat maju jaya.

Kawan arab saya menitipkan doa penenang dan pencerah hati.

Permulaan yang baik. Walaubagaimanapun di tengah-tengah saya dapat rasa suara saya bergetar dan termengah. Adakah suara saya terlalu kuat menyebabkan saya rasa macam sesak nafas? Oh saya rasa saya perlukan latihan fizikal utk stamina. Membentang pun perlu fizikal yang fit. Saya hanya berharap getaran itu tidak ketara. Bibir saya juga kering. Saya mengumpul kekuatan saya melalui semangat ingin menyampaikan, dan dari wajah-wajah pemberi semangat yang menaruh setinggi harapan supaya saya bertahan. Saya melawan semua kekusutan mental yang bersarang dan cuba bertenang menyebut dalam lidah asing. Akhirnya pembentangan berakhir.

Tepukan yang kuat. Saya tidak pasti itu tepukan semangat atau kerana pencapaian yang baik. Saya berharap keduanya.

Alhamdulillah.
Saya mendapat maklumbalas yang baik - walaupun saya tahu jika saya berpeluang melakukannya semula saya akan bunuh ketakutan itu sehabisnya. Untuk empat puluh minit seterusnya saya berhadapan dengan sesi soal jawab. Sesi soal jawab itu sangat berharga utk saya perbaiki mutu penyelidikan bagi tujuan penaiktarafan kelak.

Kawan saya juga telah melaluinya dengan jaya.
Kini kami mengatur untuk menyeberang jambatan yang seterusnya bersama.

Thursday, February 24, 2011

For You S.A.W

I wrote this poem remembering my mom and myself with my children. We know almost the whole life of Prophet Muhammad s.a.w. In fact he was the only one in his time that we have that much of information. Companions around him s.a.w narrated his entire life. We even know him before his birth, how he ate, talked, diplomatic affairs. Should we not feel him near?

Its Maulidur Rasul again. Peace be upon you, O Messenger of Allah:

For You S.A.W

My mommy told me before tucking me in bed

The stories about you

My mommy held me and whispered in my ear

To be exactly like you


Your face was bright

Your speech was clear

Your laughter was but a smile

Your sayings are only what are right

Which makes people hold you dear

And your stories travelled across time and miles


My mommy stopped me before eating

To recite the dua taught by you

My mommy held me from quarrelling

And told me that you would never argue, its just not you


My mommy repeated about you again and again

I just keep wondering why

She looked deep into my eyes

You were the beloved one, and that was the reply


Your birth was awaited

Known by those who had knowledge

You were placed in the best family existed

With the best upbringing nurtured


You never spoke but truth

You were the most trusted

You were chosen even before prophethood

Brought peace to the Quraish, when bloodshed could have stood


My mommy talked about your children,

How you loved and taught them,

To love you is indeed

To love those around you, whom you have taken lead


My mommy said that we are in the end of times

And in the end of times we are

And so to the utmost faith I am asked to climb

Holding on you and what you say, you promised that God will protect me from straying afar


How my mommy’s eyes sparkled

When I was able to read on my own

Its the Quran, your greatest miracle

Thanks mommy for teaching, my interest has grown!


Now that I am a older

Its time for me to reflect

Those were not just stories

But for me to act


If you were here today

Would we be the same?

Pray as how you prayed

Or let the world play its game?


If you were here today

Where would we be?

Beside you, holding steadfast

Or among the reluctant and those of the last?


If you were here today

You’ll see us named after you

But how many of us dare to say

My heart, my life, my death are all exemplifying you?


Your Grace sallallahu alaihi wasallam



20 Rabiul Awal 1432H

(More than 1400 years after)

Dundee, Scotland

Monday, February 14, 2011

Dari Braveheart ke Salahuddin Al-Ayubi

Baru sahaja ingin merehatkan badan, tv menayangkan pula cerita Braveheart. Entah kali berapa saya menonton cerita ini, setiap kali tgk, mesti dah tak boleh buat kerja lain. Tapi menonton kali ini berbeza kerana dialek scotland sudah tidak asing, begitu juga dgn sejarah dan landscapenya (glen dan loch yg begitu cantik di Scotland ini). Beberapa tempat yang diceritakan didalam legend itu juga sudah dilawati seperti Stirling, Fife etc. Saya semak semula sejarah berkaitan Wallace dan Bruce. Ada beberapa perkara yang kurang tepat digambarkan di dalam cerita Braveheart- Mel Gibson pun kata ia adalah satu legend sahaja). Contohnya Isabella (isteri Edward II berbangsa Perancis) sepatutnya belum lagi berada di England ketika zaman Wallace, justeru mustahil mereka dpt bertemu, apatah lagi berkemungkinan mengandungkan waris monarki inggeris. Walaubagaimanapaun, kebanyakan bahagian lain adalah selari dgn sejarah. Bruce memang pernah belot dan menarik tentera dari tentera Wallace, tetapi kemudiannya menyambung perjuangan Wallace dan merebut kembali takhtanya sebagai raja di Scotland .

Mengimbau sejarah Scotland, kita juga tidak boleh lupa, pada waktu itu kerajaan Islam sedang menghadapi ancaman tentera bersalib dari eropah bersatu. Robert Bruce kalau ikut sejarah memang memberikan banyak sumbangan merebut Baitulmaqdis dari orang Islam.

Kebencian orang eropah terhadap orang Islam amat jitu apabila paderi kristian Peter Hermit berjaya menyemarakkannya dgn memfitnah orang Islam membunuh orang Kristian, mendera dan sebagainya. Walhal, dalam Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menggariskan undang -undang peperangan yang adil dan tidak menzalimi yang telah dipatuhi oleh sahabat-sahabat baginda (radhiyallahu anhum) dan panglima-panglima yang lain. Undang-undang siyar itu adalah lebih terdahulu dari pelbagai Geneva Conventions yang baru diperkenalkan di dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa pada hari ini. Pada waktu itu, orang-orang eropah masih di dalam zaman medieval, tiada undang-undang perang yang jelas. Undang-undang hal peperangan telah diserahkan oleh Pope kepada panglima-panglima tentera bersalib. Akibatnya, ketika mereka berjaya menakluki jerusalem, lebih kurang 90 thn sebelum Salahuddin Al-Ayubi, mereka telah membunuh beribu-ribu orang Islam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Salahuddin Al-Ayubi menebus kembali jerusalem selepas peperangan Hittin. Tawanan perang di berikan layanan yang baik, Mereka amat tidak menyangka mereka mendapat layanan sebegitu rupa setelah apa yang mereka lakukan kepada orang Islam selama hampir 90 thn yang lalu.

Para sejarawan barat juga tidak menyangkal kehebatan Salahuddin Al-Ayubi. Mereka tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur kepada kebaikan, keagungan dan kehandalan Salahuddin dalam berperang. Panglima mereka tidak dapat menandingi keperibadian Salahuddin. Paling memalukan ialah apabila raja Richard dari England membunuh 1000 orang tawanan Islam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua sedangkan perjanjian damai sedang dilakukan. Ini menyemarakkan semangat tentera Muslim dan terus mengumpulkan kekuatan merebut kembali Jerusalem.

Allah menurunkan bantuan kepada tentera Salahuddin dgn menggoyahkan kekuatan tentera eropah bersatu. Raja Jerman telah mati lemas dan beratus ribu tenteranya bersurai. Yang tinggal adalah tentera dibawah raja Richard dari England dan raja Philip dari Perancis yang curiga di antara satu sama lain.

Dan hari ini, rakyat palestin menunaikan fardhu kifayah mereka tinggal di Palestin dan mempertahankannya. Hari ini, kerajaan-kerajaan arab Islam di negara-negara jiran seakan tidak melihat kesengsaraan tersebut, sama seperti kerajaan2 Islam pada zaman Salahuddin dahulu yang membiarkan perjuangan itu dilakukan oleh tentera2 Salahuddin. Cumanya, hari ini umat Islam berhadapan secara langsung dengan orang Yahudi (dahulu org Yahudi berperanan secara senyap melagakan orang kristian dengan orang Islam dalam perang salib). Akan ada lagikah pahlawan seperti Salahuddin Al-Ayubi sebelum kemunculan Imam Mahdi?

Wednesday, January 05, 2011

Salju Pencari Ilmu

seketika aku terlihat sinarmu mentari

disebalik bangunan inggeris ini

membuktikan

kedinginan salju ini tidak menghalangmu keluar

seolah-olah engkau datang menjengukku seketika

disebalik cermin kaca

di dalam bongkah ilmu

memberikan perangsang buat diriku

yang memerlukan semangat untuk terus mara

dan aku

adakah kedinginan salju ini juga bukan penghalangku

menabur baris kata-kata

dalam kepayahan lidah asing

dalam selautan ilmu yang belum kuteroka

kelihatan semakin dalam

semakin asing

oh adakah ini perjalanan

sang pencari ilmu?

Dundee

Main Library

1Disember 2010

Tuesday, January 04, 2011

Melihat keindahan Scotland

Ketika orang putih di sini menyambut krismas dan new year, kami beberapa keluarga mengambil kesempatan untuk menggunakan masa cuti tersebut mengenali dengan lebih dekat Scotland. Kali ini, trip kami meliputi kawasan sebelah barat Scotland, selari dengan Dundee, iaitu ke Inveraray, Oban, Glencoe dan akhirnya turun ke bawah sikit iaitu Glasgow. Trip ini hampir dibatalkan berikutan salji yang sangat lebat dan pengalaman memandu yang terbatas. Tambahan pula, ahli kami yang handal dalam bab kereta sudahpun kembali ke Malaysia beberapa bulan yang lalu. Entah dari mana dtgnya semangat tu, saya lihat ahli2 trip ni semakin berkobar-kobar untuk pergi apabila tarikh semakin dekat. Jadi kami merancang dengan teliti segala keperluan dan persediaan yang diperlukan sebelum dan semasa trip tersebut termasuklah servis kereta, beli peta bagi yang belum ada utk back up garmin/satnav/tom tom etc, mencari poskod dan lokasi tempat dituju, menu utk dimasak secara berkumpulan dan bahan-bahannya dan lain-lain.

Seperti yang dijangka, kami terpaksa menempuh jalan yang diliputi salji pada awal perjalanan keluar dari Dundee. Kereta tidak boleh dipandu laju, dan jika perlu brek, tidak boleh brek mengejut. Subhanallah, pemandangan jalan dan bandar-bandar kecil diliputi salji adalah amat indah sekali.

168411_1671241855513_1071363870_1854383_7058161_n


164537_1646708140722_1627491061_1543986_1922066_n

162792_1646706860690_1627491061_1543978_694949_n

166585_1671344218072_1071363870_1854821_4201640_n


167204_1646705580658_1627491061_1543972_111997_n
Ini adalah contoh bandar kecil yang diseliputi salji.
Jalan jadi comot sebab garam yang ditabur utk mencairkan salji.
Lokasi: Antara Perth dan Crief, route A85.

Sejurus sampai di Inveraray, kami melawat penjara lama Inveraray. Penjara pun jadilah, sebab tak banyak tempat yang dibuka pada musim sejuk. Penjara ini kecil sahaja, tapi agak informative - diceritakan bagaimana pesalah disabit (petty crimes seperti mencuri gandum, jam tangan) dan hukumannya, serta kemudahan di dalam penjara dalam era 1800s. Ala, lebih kurang mcm Penang waktu mula-mula British rampas dulu, ada legal chaos, tunggu Charter of Justice dari England, sementara tu mcm2la hukuman pelik2 yang dijatuhkan.

164094_1646597217949_1627491061_1543523_5172239_n
Penjara ini juga sering dikunjungi oleh ghost seekers, dan mereka dibenarkan bermalam disitu.

168429_1670414154821_1071363870_1851924_175184_n
Ini adalah dapur penjara.

162965_1640210880738_1100764701_31587900_2430258_n
Dlm penjara ini juga ada court room, diperdengarkan hearing yang dirakam.

Kami sampai di Inveraray agak awal, jadi kami terpaksa cari port utk makan tengahari dan solat zuhur.Oleh itu kami kumpulkan sahaja makanan di boot kereta salah seorang ahli dan buffet sahaja. Semua orang makan dalam kereta masing-masing sebab terlampau sejuk. Kami juga solat di dalam kereta kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar.

164594_1646597737962_1627491061_1543526_5214631_n

Rancangan kami ke Hollow Mountain, Cruachan gagal kerana tidak dibuka. Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Oban.

168374_1671256335875_1071363870_1854481_6261783_n

Sempat juga kami berhenti tepi jalan untuk ambil gambar sekitar Cruachan. Perhatikan di belakang kami air sudah mula membeku dibahagian tepi, manakala yang lainnya mengalir dibahagian tepi.

162706_1646709460755_1627491061_1543996_5887531_n
Oban ialah bandar kecil yang menjadi tarikan pelancong kerana kecantikannya dan jeti yang menghubungkannya dengan destinasi pelancongan yang lain seperti Isle of Mull.

166603_1670427715160_1071363870_1852001_5466391_n

168462_1670422155021_1071363870_1851966_7586538_n

McCaig's Tower

163023_1640215520854_1100764701_31587927_8016719_n

Kami sempat berjalan di bandar Oban dan singgah di kedai charity (itu aje yang mampu), untuk cari selipar. Malangnya harga di kedai charity adalah lebih mahal berbanding di Dundee. Zulfa dan Muadz sempat jugak beli buku dan mainan yang harganya kurang dua pound.

Keesokan harinya kami memandu menuju ke Glencoe untuk bermain salji (padahal salji di Dundee jauh lebih lebat berbanding Glencoe pada waktu tersebut). Walaubagaimanapun, keindahan Glencoe sukar ditandingi tempat-tempat lain di Scotland. Malangnya hari sudah gelap ketika kami berupaya berhenti untuk mengambil gambar. Biarlah pemandangan gunung-ganang bagai landskap lukisan itu terpahat dalam kepala sahaja. Lain kali ada rezeki, boleh pergi lagi dan boleh lajak ke Fort William yang belum pernah kami kunjungi. Dengarnya Fort William elok dikunjungi pada musim panas. Di Glencoe, kami naik ke atas gunung menggunakan chairlift dan melihat orang putih mengangkut peralatan ski mereka. Seram juga naik chairlift tu sebab bergantung kepada satu palang je utk keselamatan. Alhamdulillah semuanya selamat.

Pemandangan menarik dlm perjalanan ke Glencoe.
168956_1671807789661_1071363870_1855876_2899830_n

164588_1646710900791_1627491061_1544004_7491055_n
Lokasi: Glen Orchy, route dalam towards Glencoe. Tidak dinasihatkan melalui jalan ini pada waktu malam - sempit, sunyi dan tiada lampu.

Ini adalah pemandangan dari atas chairlift. Air terjun yang beku. Subhanallah. Semuanya mudah bagi Allah swt.
168388_1671410539730_1071363870_1854991_5735858_n

167930_1671410859738_1071363870_1854992_7411943_n
Chairlift. Seram nak bawak keluar kamera dan melepaskan tangan dari palang keselamatan.

Setiap kali pulang ke Youth Hostel, Inveraray, kami bekerjasama memasak. Sedap sungguh, antara menunya sepanjang cuti tersebut - ikan masin, tomyam, kerutub, kerabu mangga dan daging, nasi tomato, ikan bakaq, ayaq asam....pertandingan cheesecake pun ada, dan kamilah yang menang...heheh

166557_1671807229647_1071363870_1855873_5726121_n

163185_1640242361525_1100764701_31588073_1256580_n

165626_1790711770048_1307247272_2061873_6672068_n

kerabu mangga

166586_1640212160770_1100764701_31587908_912097_n
Pasembor

166877_1640214840837_1100764701_31587922_1546273_n

163151_1640213440802_1100764701_31587915_73090_n
yg main scrabble sambil makan pun ada.

Sebelum meninggalkan Inveraray, kami tidak melepaskan peluang ambil gambar di tempat2 yang dirasakan menarik.

165718_1646713420854_1627491061_1544022_2741581_n

Alhamdulillah perjalanan adalah lancar dan kami dapat melihat sebahagian kecantikan semulajadi yang terkumpul di Scotland. Perjalanan sebegini adalah lebih baih dari melihat ketinggian bangunan (yang tertinggi atau terbesar atau tercantik etc) yang melambangkan keangkuhan manusia. Cantik sungguh, tak ada perkataan dah nak gambarkan, dan pemandangan juga berbeza dalam setiap musim yang berbeza. Subhanallah.

Balik ni kena pegang buku la....

Thursday, November 04, 2010

krisis sinki

7.45am
"alamak sinki tersumbatlah"
"sikit je kot, cuba jolok kot-kot ada benda terlekat"
dapur masih berselerak dengan pinggan yang belum dibasuh. sinki pula buat hal.lepas hantar Zulfa, suami aku pergi dua tiga buah kedai cari pam. sempat lagi dia telefon aku suruh cari dalam kamus apa exact word untuk pam. aku pun cari: 'plunger', 'sink plunger'. kalau dialek scottish, cuba ikut huruf 'u' tu betul-betul...

10.00am
suami aku buka paip dibawah sinki. Air mengalir dengan banyak. Dengan cepat aku cari baldi. empat buah baldi sekaligus.
"mana kita nak buang air ni?
"dalam lubang jamban boleh kot"kata suamiku.
"tapi tadi bila flush jamban waktu siapkan zulfa, saya nampak air naik di sinki."
aku tidak pasti itu adalah khayalan atau imaginasiku semata-semata. khayalan dan imaginasi sama la...tapi aku pasti air memang naik, cuma yang tidak pastinya adakah itu kesan flush.
"alamak, takkanla ada kaitan dgn jamban pulak kot" keluh suamiku
langkah kami seterusnya ialah mengelak menggunakan jamban. kami sudah merangka-rangka yang kami akan menuju ke masjid sekiranya terdapat kecemasan yang hakiki.
"peliklah, air masih keluar dari sinki dengan banyak"
"cuba pakai dawai pada beg laundry, mcm boleh je"
beg laundry itu kami koyakkan untuk mendapatkan dawainya. Beberapa usaha menjolok menggunakan dawai telah dilakukan, tetapi paip itu kelihatan bersih dan tidak ada apa-apa yang membuatkannya tersumbat. suami aku terus pergi sekali lagi ke kedai hardware berdekatan mencari alat proper untuk mencungkil paip tersebut. Masih tiada hasil.

kami bermuhasabah cuba mencari punca kejadian ini.
"well maybe its rice or grease" kata assistant janitor yang buat tinjauan awal masalah sinki kami tu. Yakin benar dia bahawa puncanya ialah rice dan gris. mungkin sebab dia tengok muka asia aku ni. (dulu aku suka ckp muka aku ala mongol, tapi sejak kes altan.... tu, cantiklah pulak org mongol ni, so tak boleh lagi cakap ala-ala mongol nanti org kata perasan - selingan saja). Berbalik kepada krisis, apa yang dilakukan oleh assistant janitor tu lebih kurang sahaja dgn yg suami aku lakukan. Alih sinki di bawah dan membasahkan bajunya dengan air yang melimpah keluar.
"rice? no...i don't think so" kata aku. Aku memang sentiasa berhati-hati membasuh pinggan. aku letakkan khas penapis makanan di dalam sinki. permanent.semua lebihan makanan disaring di dalam penapis itu dan aku lalukan air diatasnya atau air lebihan basuh pinggan supaya bau makanan hilang sebelum dibuang di dalam tong sampah. Di malaysia aku juga lakukan yang sama kerana semut akan cepat sahaja mengerumuni makanan di dalam tong sampah jika tidak dilakukan demikian.

"grease, er..maybe.."sambungku...dlm kepalaku terbayang juga pinggan mangkuk berminyak yang aku basuh, kadang-kadang ada juga lebihan sup daging yang penuh dgn lemak tepu apabila ia menjadi sejuk. atau lebihan kari. atau pernahkah aku menuang minyak di dalamnya? argh, minyak yg aku buangkan pun aku lalukan dgn air panas sehingga menjadi amat cair. apa-apa pun, itu tetap minyak. sah. gris. tapi adakah puncanya aku? seram sejuk aku memikirkannya. kenapa tidak aku terfikir.cuaca di UK adalah sejuk dan sudah tentu cepat membekukan apa sahaja gris di dalam saluran paip.

sedar tidak sedar aku sudah meletakkan kesalahan pada bahu aku dan aku amat takut sekali. bagaimana kalau kerosakan ini serius? adakah flat 51 akan dikatakan membuat hal lagi? aku teringat bagaimana aku menerima surat amaran kerana meninggalkan bilik gunasama tanpa memastikan kebersihan bilik air perempuan. argh, budak-budak bermain tisu, kenapalah aku tidak berhati-hati? aku terus membalas surat tersebut memohon maaf agar perkara sama tidak berulang dan agar kemudahan itu dikekalkan seperti sedia kala. bilik gunasama itulah yang digunakan untuk kebanyakan program keramaian komuniti melayu di sini.

aku terbayang klausa 10.3 dalam perjanjian sewa rumah: ..."kalau terdapat sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kamu (attributed to you), bayaran bil kerosakan boleh diserahkan kepada kamu untuk dibayar secara terus."
menyirap darah aku, aku rasa muka aku putih pucat sebab panik.

aku mula google dan cari kos bayaran plumber di UK - 140 pound, 200 pound, 300 pound, ikut jam, double kalau pada waktu malam. argh..ujian jenis apa ini? ujian yang teramat kecil Allah tunjukkan tapi cukup buat aku ketar satu hari. dan ujian debaran ini bertambah kerana aku tidak dapat menjangka bila ia akan berakhir.
"I will have to speak to Janet, and request a plumber."kata assistant janitor berjambang itu.
Janet? aku sudah terbayangkan rambutnya yang vogue dan wajahnya yang jarang menampakkan senyuman. ooh dimanakah janitor kesukaan kami Keith? mengapakah dia tiada pada saat kami memerlukan paling kurang muka yang manis?

"But I don't know when I will get things sorted out, I will have to go to the Tower Building." sambungnya lagi dengan pelat scottish pekat. Pelat mereka amat pekat dan kadang-kadang, silap-silap hanya 20% sahaja yang dpt difahami. maklumlah, bukankah sukar jika ayat tersbut ditukar dialek kepada terengganu seperti .."aku dok tahu bile nok buleh siak urusang ni, kekgi aku kne kerabak tower building pulok." doh guane???

"erm, do you think it has anything to do with the toilet as well? i flushed the toilet and saw water gushing out from the sink" kataku, sebahagiannya untuk memecahkan kesenyapan, selain divert penglihatan kami daripada assitant janitor yang duduk membongkok menunjukkan kehandalannya. haih, mat saleh ni tak boleh ke kalau tunduk tak menampakkan apa yang tak patut dinampakkan?? kami buat-buat tak nampak dan memang tak hingin nak tengok.

suamiku mengerlingku ingin menegurku supaya tidak bercakap apa yang tidak pasti. Assistant janitor tersebut mula mengambil maklumat yang aku berikan itu sebagai data. alamak, kang dia ingat toilet tu ada masalah pulak. tulah aku ni bukan jurutera nak berlagak jadi jurutera.

"yeah , probably, there may be a connection." dia rupanya telah membuat penakulan mantik. mampus! mesti dia ingat aku buang pad ke etc.
"is this a common problem?" nadaku semakin perlahan, apabila menyedari yang kami berada di dalam masalah.
"well, to be honest, its not common." katanya sambil senyum. argh, senyuman itu tidak dapat mengubati kesan halilintar respon yang diberi.

3.00 pm
Suamiku pergi ambil budak-budak dari sekolah. Aku membuka halaman-halaman buku International Trade Law aku..hati aku berkecamuk kerana aku terpaksa tuang kelas international dispute settlement. hmm..aku masih batuk teruk, jika bukan kerana masalah ini pun aku memang tidak dapat ke kelas. kudrat aku mengatakan yang aku boleh ke kelas tapi aku tak larat tahan kalau semua orang mengerling aku batuk seperti meyuruh aku blah sebelum menjangkiti mereka, atau minda aku diserang oleh arahan mengawal supaya jangan batuk dan tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada pensyarah di hadapan. aku masih serik drama batuk aku di library semalam: i literally coughed on the face of the libararian despite trying to avoid it..bila dah gatal tekak tak boleh buat apa, melainkan aku batuk sekuat hati, tapi mana boleh buat begitu di libary. itu jugalah yang menyebabkan aku meminta diri di tengah-tengah kelas dgn alasan.."i'm ok, its just that i can't stop coughing", glemer sekejap.

Helaian buku aku buka satu-satu, tetapi satu pun tidak dapat menangkap perhatian aku. Aku buka pula kes Texaco v Libya dan meneleng-nelengkan kepalaku pada skrin laptop sebelum aku mengenalpasti dokumen pdf aku harus dirotatekan kearah kiri. oh, alangkah lambat penakulanku. Usaha membaca tidak berhasil kerana aku tetap nampak imej bongkah hitam bergris yang sumbat dalam paip.argh!!

Tiba-tiba aku terdengar desiran air. Melimpah! seperti spring aku bangkit dari kerusi menuju ke dapur. aku lantas mengosongkan sinki, empat lagi baldi dipenuhi air.aku tapis air tersebut, bimbang tub mandi pula yang tersumbat. terdapat sisa nasi dan sayur kecil yang masih hijau. ini bukan sisa makanan kami! ini tentu sisa air orang lain. air apa ini? aku terus cuba menggunakan daya imaginasiku dan ilmu kejuruteraan aku yang hampir tiada untuk membayangkan struktur paip dirumahku, namun dinding yang nyata telah membataskan imaginasi liarku.

"maknanya air yang keluar dari sinki ini tidak ada kena mengena dengan toilet kita"
"sudah tentu ini air orang atas." kata suamiku melalui telefon. sedikit lagi dia sampai di rumah bersama anak-anak.
"call main office, katakan air sudah melimpah."saran suamiku. aku cuba mengelat. aku tidak mahu membuat panggilan itu.
"nombor ada di papan kenyataan kita tu di belakang pintu." nampak gayanya aku kena juga buat panggilan tersebut.
"tak ada orang angkat." kataku dlm telefon.
"call lagi satu nombor, residence office." sarannya lagi. aku tiada pilihan.orang kata berani kerana benar. tapi bagaimana aku harus berani kalau aku ni tidaklah benar mana. orang bersalah memang begitu.aku tahu aku ni contributory to the problem, tapi aku terpaksa apply criminal law punya priciple utk menyedapkan hati walaupun amat tidak berkaitan|: bahawa causal link itu mestilah kerana aku dan tidak ada break of chain untuk attribute sesuatu kesalahan kpd aku utk menjadikan ia sebagai actus reus kesalahan ini.

Aku amat yakin bahawa paip aku berkongsi dgn empat flat di atas. Dan takungan itu berlaku di paip utama di bawah paip rumahku. Aku hanya berharap orang di flat atas juga kerap menggunakan dapur dan paip itu memang tidak pernah di servis.
"can you please hold on a minute, i will connect you to Janet" kata orang yang menjawab panggilan telefon. Janet???? aku menelan air liur.
"did you pour oil in the sink?" itu soalan pertama Janet. Oh dimanakah dia belajar art of killing? aku terasa segalanya tersangkut di kerongkong. aku terbayang ada juga insiden ' acara menuang minyak yang cair yg dilalukan dgn air panas'..aku memang tidak pandai menipu.

"erm..i'm not sure of that....but blah..blah.." aku tukar topic lain. nada Janet seperti menuduhku atau paling tidak pun membuatkan aku rasa bersalah.
"is there anything that you can do to wait until tomorrow morning? I will call a plumber if the problem still exist the first thing in the morning." katanya. dia kata laporan tidak sampai kepadanya dan seolahnya kedengaran seperti sudah terlalu lewat untuk memulakan isu yang baru. Isu ini sesungguhnya tidak baru, aku dan suamiku sudah letih berdiri di tepi sinki menyambut air yang melimpah. aku telah jelaskan yang kami sudah memanggil assistant janitor sejak tengahari lagi, walaupun sepagian kami cuba menyelesaikannya sendiri.Aku kemudiannya menyatakan keesediaan kami berdua utk 'watch the sink' sehingga esok hari.

letihla nak cerita.
namun aku tidak puas hati selagi tidak merekodkan bagaimana isu krisis sinki ini telah membuatkan mukaku pucat, kakiku ketar dan otakku serabut. argh!!! Teruskan.

5.00pm
"jadi kita kena tunggu macam ni sampai esok pagi ke?" rungut suamiku
"takut nak demand lebih-lebih kat Janet tu,takpe kot air tak melimpah kalau kita guard." kataku. sangkaanku meleset. air semakin banyak. sesekali air yang keluar berwarna pink, ada pula yang mengandungi kulit telur baru.
"tak pasal-pasal kita kena sambut air basuhan orang." kata suamiku. betul juga kata dia, yang penatnya dia juga. seperti biasa, suamiku yang gentleman itu sudah tentu tidak mahu saya buat kerja berat-berat.
"kita kena buat shift malam ni, kalau tidak air akan melimpah ke ruang tamu." katanya lagi. memang tidak mustahil perkara itu terjadi kerana air yang keluar kelihatan semakin banyak. maklumlah waktu tersebut adalah waktu makan malam. air tidak juga reda. jam sudah menunjukkan 8.00 mlm.

8.00mlm
"saya nak call Janet."kata suamiku
"jangan! apa yang dia boleh lakukan pd waktu malam begini?" kataku. oh, aku tidak mahu 'encounter' dengan Janet malam begini, lebih-lebih lagi memaksanya melakukan perkara yang mustahil.
"tetapi ini emergency." kata suamiku. suamiku membaca dgn kuat notis asrama ..'in case of an emergency, please call bla..bla.."inilah masanya utk apply.
"takkan kita nak berdiri macam ni sehingga pagi esok." suamiku terus mendail nombor telefon ofis yang berkaitan tetapi tiada jawapan. akhirnya telefon diangkat oleh pihak sekuriti.
"that sounds serious. I will call the plumber for you." kata sekuriti. suamiku tersenyum lebar. akhirnya plumber akan dtg.
" tak rasa mcm tindakan kita over ke? kalau kos itu 'attributed' kepada kita sudah tentu kosnya berlipat ganda kerana servisnya pada waktu malam." kataku meluahkan kerisauan.
"jgn risau, biar diorg investigate issue ni. kita jgn nak memandai-mandai. lagipun kerosakan itu di paip utama, bukannya paip kita." alhamdulillah, suamiku tenang sahaja menghadapi isu ini. ah, biarkan sahajalah dia menguruskan perkara ini. aku cuma perlu bantu untuk menjadi telinga kedua bagi memahami apa yang dikatakan oleh mat saleh dlm telor scottish pekat itu.


9.00pm
plumber dtg. muda, dlm lingkungan 20an. aku berkurung di dalam bilik dgn anak2 dan meneka-neka apa yang berlaku di luar. dia mengenalpasti masalah tersebut adalah di saluran utama. rupanya dia memang contractor universiti. dia juga telah mengesahkan bahawa bayaran dibuat oleh universiti.paling tidak pengesahan tersebut menyenangkan hati aku. ignore dulu apa-apa pengesahan kedua yg mungkin akan dibuat oleh Janet nanti. plumber tersebut sangat baik dan langsung tidak menyalahkan sesiapa. sudah tentulah dia suka, duit masyuuuk.
aku dgr dia ckp sesuatu kpd suamiku sambil meminta diri.
"so, do i see you tomorrow morning?" kata suamiku
"no, i will be coming again in 15 minutes." katanya. sah. mesti masalah slang scottish lagi. aku tergelak apabila suamiku menceritakannya. plumber tersebut hanya mahu turun sekejap dan dtg semula nanti.
tidak lama kemudian dia naik dan menyatakan masalah tersebut tidak dpt diselesaikan pd malam tersebut kerana memerlukan mesin.

"o, then i will sleep in the kitchen tonight" kata suamiku. agaknya plumber tu kesian mendengarnya, dan tidak lama kemudian datang lagi seorang plumber berjambang membawa mesin yang agak besar. nampaknaya mereka tidak mahu mengalah pada malam itu. plumber itu membuka ruang rahsia yang menyorokkan paip utama di stor rumahku. ooh di situ rupanya kedudukan paip tersebut. plumber tersbut memasukkan wayar di dalammnya dan imej kelihatan pada skrin mesin perjalanan wayar tersebut. mesin tersebut telah mengesan bongkah hitam gris dan kotaran lain yang menjadi punca sumbat. memang tidak lari jauh dari imaginasiku.

'ok, i have informed residence upstairs not to use the sink until tomorrow morning." katanya. suamiku menyatakan bahawa dia juga telah mengetuk pintu penghuni atas tetapi hanya satu sahaja yang berjawab.
"don't worry, i gave them a good bang." katanya. ah, leganya. aku sudah terbayangkan katil dan tidur yang aman.
"that should do the trick for tonight, but please if there is any emergency, just call me at any hour." baik sungguh. plumber berjambang tu kata kepada suamiku, kalau mereka tidak dipanggil sudah tentu kami akan tidur di dapur dan masalah ini tidak akan selesai. lagi pula, paip ini memang belum pernah diservis dan kotoran sebegitu mengambil masa bertahun-tahun utk terbentuk. mereka berjanji akan datang sebelum pukul 9 pada esok hari. sebelum pulang suamiku menawarkan minuman.
"please, i would like to offer you a drink." plumber yang baru sahaja hendak pulang, terberhenti untuk memuliakan tawaran tersebut. suamiku mengeluarkan dua juice anggur bekalan zulfa harian ke sekolah dan menawarkannya. mereka kelihatan seperti tidak menyangkanya dan berkata..
"oh we don't drink that, thank you." hahaha...aku rasa mesti dia ingat suami aku nak offer dia minum arak..huhuh, sekali rupanya jus kanak-kanak..apa raaaa..
mereka pulang pada pukul 12mlm, dan sejurus itu kami melelapkan mata. alhamdulillah.



8.30am
alhamdulillah kerana diberikan tidur yang mencukupi.
tiga orang plumber dtg pd pagi tersebut. mereka membawa alatan yang tidak pernah aku lihat. tiba-tiba rumahku seperti di crime scene. walkie talkie sahut menyahut. perbincangan berlaku dgn loghat scottish pekat. aku tidak dapat mencuri-curi dengar kerana sebahagian besar masaku dibilik dan ruang begitu sempit utk aku mundar mandir. tidak lama kemudian satu lagi mesin dibawa. mesin utk memecahkan clog. mereka tidak dpt melakukannya dari bawah, lalu meminta izin utk mukar operasi dari ruma kami. keadaan tidak ubah seperti di crime scene. (dah kali kedua ke aku sebut?). aku terdengar bunyi rodokan mesin. suamiku kata mereka merodok dari atas dan bawah. ada beberapa orang di bawah yang membuat kerja tersebut. akhirnya air hitam pekat keluar dari sinki. ya, itulah cebisan dan lebihan bongkah gris yang berjaya dikeluarkan. aku terdengar air pili sinki dibuka dengan kuat..alhamdulillah! air dihisap masuk dengan laju..alhamdulillah.
suamiku mengucapkan berbanyak terima kasih.
"that would do for many years.." katanya sebelum beredar..alamak perli ke? eheheh..takpelah perli pun takpe..terima kasih banyak-banyak tak terhingga. aku rasa krisis sinki aku dah jadi krisis paip utama taymills, mereka melayan kami seperti mangsa kerana lebihan air melimpah ke flat kami yg berada paling hampir dgn paip utama. alhamdulillah.

tetapi adakah aku akan menerima surat susulan?
pasti ada surat warning, paling tidak kepada semua residents...tunggu....






Friday, October 29, 2010

tak sangka aku sangkut di statement problem begitu lama

dah lama dah ni..
putar-putar..
ayat tu kejap jadi satu perenggan
lepas tu pindah ke tempat lain
lepas tu jadi satu ayat
last-last jadi footnote sahaja
batuk pun belum habis
batuk kong kong
esok birthday cik abang
nak buat apa
mcm tak dpt nak surprise je
beli sesama la...

Tuesday, October 26, 2010

layan kes udang/penyu dan tekstil

Lemah betul badan hari ni, rasa mcm demam suspected denggi masa di Malaysia dulu - lemah sendi, terhuyung hayang...dah makan ubat dah, harapnya esok baik. Esok nak pergi PhD seminar pulak. Tadi alhamdulillah gagahkan diri pergi kelas jugak (international trade), yelah dah penat bersengkang mata melayan kes US-Shrimp (Malaysia yg bawak kes) dan Turkey-Textile, takkanla tak gi kelas pulak..lagipun segan kat lecturer, mesti dia perasan aku takde..dahla test hari tu dpt sikit..mana taknya, budak2 yg audit kelas kena kongsi kertas soalan, camner nak jawab, aku nak bulatkan A kawan aku nak bulat B, camne nak bincang dlm test camtu, dahla dia lelaki, mmg tak selesa..akhirnya aku mintak kwn aku tu cabut kertas soalan tu biar aku buat dari belakang..tajuk belakang mmg aku tk smpt cover..hahah padan muka..tapi takpe, excercise je tu.camna pun tebal gakla muka ms dpt result tu..joint effort konon..hehe


Muadz jadi Dr. Muadz, suapkan aku ubat, pakaikan selimut..perasan betul.hehe.dia kata 'mama panggil Dr. Muadz la..'. Semalam dia recall nama2 sepupu2 dia..'najya girl, yg satu lagi, nijad boy, amir boy, najwa girl'... Zulfa gelak bila mama cerita andak kalau tidur gesel kaki kat mama sampai mcm nak keluar api..hehe..sebab zulfa suka pgg siku, muadz masih cari telinga orang kalau nak tidur.

Hmm..payah rasanya membuat draft kali ni. Supervisor kata ' I know you are working hard on your draft'..terima kasih kerana memahami. Maklumlah, setiap ayat yang aku tulis adalah liabiliti bagi aku, dan aku juga mesti dapat membayangkan muka examiners nanti bila baca...berhati perutla sikit, kenalah pastikan ayat2 tu masuk akal dan sedap je. kalau diorang fed up baca, tak ke aku jugak yg susah. Aku harap dpt siapkan by minggu ni, minggu depan dah nak hntr kat supervisor.

Tadi aku angkut (shopping) buku dari library..best betul, buku2 yg edisi lama library dah tak nak, so aku beli la 2 pound, 1.50 pound...okla tu, buku2 EU law, International criminal law..dlm ebay harganya masih 20-30 pound walaupun edisi lama.

Nota kaki: kes US-Shrimp - Malaysia bawak kes ke WTO sbb US telah mendiskriminasi pengekspot udang - mengenakan syarat bhw udang hendaklah ditangkap tanpa menganiaya / mengancam penyu dgn menggunakan teknologi TED US atau seumpamanya, yg mmbawa kpd embargo import udang kpd negara2 yg tidak mmpunyai teknologi tu. Disebalik papan tanda menjaga alam sekitar dan habitat haiwan yg pupus, embargo ini juga boleh melindung industri udang US dari udang import. Negara-negara lain yg bersama Malaysia sbg third parties ialah Thailand, India dan beberapa negara lain.

Saturday, October 23, 2010

Pagi yang dingin

Memandangkan malam sudah semakin makin panjang maka saya mesti membiasakan diri menggandakan waktu belajar saya pada waktu malam. Walaupun jari jemari saya sejuk menekan punat huruf komputer, tapi saya amat bersyukur berupaya duduk dengan selesa di meja belajar dan bukannya merengkok kesejukan di dalam selimut tebal. Dan bilik kedua saya telah saya ubahsuai sepenuhnya menjadi tempat saya belajar, sebagai persediaan menghadapi musim sejuk. Pada musim sejuk saya mungkin tidak dapat berlama di pejabat kerana sebahagian besar waktu saya dihabiskan di dalam kelas yang saya sertai di tambah dengan waktu solat yang rapat, lebih sesuai untuk saya lakukan di rumah.

Tanggungjawab saya yang sememangnya berat ini semakin memperlihatkan cabarannya dengan peredaran masa. Saya amat berterimakasih kepada suami saya yang telah memberi laluan kepada saya untuk melanjutkan pengajian saya terlebih dahulu. InsyaAllah masanya akan tiba untuk saya mengembalikan khidmat saya kepadanya. Allah lebih mengetahui rencananya.

Wednesday, October 20, 2010

The Burns 2010

Program The Burns adalah program tahunan centre kami. Selain bertujuan 'retreat', ia juga membina semangat persaudaraan dan memberi panduan bagi penulisan PhD. Diantara slot yang menarik ialah 'independant and demonstrating analytical thinking', 'time factor in completing a thesis', óriginality in research'and 'managing relationship with the supervisor as a mature student'. Selain itu para peserta diberi peluang menyertai balloon-debate mengenai ancaman paling besar terhadap keamanan dunia. Kami juga dapat melihat mock-viva oleh salah seorang pelajar PhD yang akan bergraduat.

Program ini diadakan di The Burns, sebuah rumah dan tanah persendirian seluas 190 ekar yang dimiliki oleh keluarga Russels yang diserahkan sebagai trust untuk program-program belia bagi mengenang kematian anaknya James Russel di dalam perang dunia kedua ketika umurnya 21 tahun.

DSC_0059
Bangunan The Burns - mempunyai 18 bilik tidur, sebuah drawing room, sebuah perpustakaan, sebuah bilik makan. Makanan disediakan oleh tukang masak khas. Saya telah memesan makanan 'vegetarian' untuk memudahkan urusan penyediaan makanan.

DSC_0134
Ini ialah kentang lecek dengan tauhu (daging vegetarian) dan brokoli.

DSC_0139
Ini pula ialah nasi susu manis dengan limau mandarin.


Wednesday, October 06, 2010

InsyaAllah

Sakit belakang aku bawa laptop ke ofis. Laptop hitam universiti yang sekilo lebih. Laptop tu best sebab ada skrin besar tapi bila bab mengangkut, berat sangat. Jadi aku terpaksa buat pilihan, tinggal jelah kat ofis. Balik rumah je terus buat pengumuman kpd muadz dan zulfa yg mama akan menggunakan laptop hijau mama bila mama di rumah.Laptop hijau tu aku guna utk edit gbr dan seumpamanya. Pandai-pandai pulak buat harta. Muadz kata: "tak boleh, ini laptop zulfa dan muadz"...

Sekarang waktu solat dah semakin rapat, jadi aku kena adjust timing ke ofis. Tadi aku balik ke rumah in between (pukul 1-2.20) dan terus makan mushroom soup yg bapak buat pagi tu dengan roti bawang putih a.k.a garlic bread. Aku kata kpd zulfa: "Sedapnya sup ni , pandai bapak buat, mama lapar, baru balik sekolah." Zulfa kata: "Kenapa mama tak makan di sekolah? Mama main P.E ke?" ler..budak zulfa ingat aku ada aktiviti gym (physical excercise) mcm dia ke smpai tak smpt makan...hehe

Aku ingat lgi kelas P.E waktu kecil2 dulu..samar-samar...
Ada dewan besar..lantai kayu...besi-besi pada dinding...bangku akrobatik..gym mat..dan aku change baju gym...alamak dah ada asap dan kabus....dah tak ingat dah...

Tadi ada meeting dgn PhD Director (Thesis Monitoring Meeting), kena berikrar utk progress enam bulan kehadapan..tadi dpn dia aku tak kata insyaAllah (asyik tersasul je nak sebut..sebut dlm hati je...nmpk sgt byk janji yg ditabur). Sekarang bolehlah sebut insyaAllah dgn kuatnya...sandarkan semuanya kepada Allah setelah berusaha.


mushroom soup yg bapak buat dari cendawan original - hence the grey colour


Tuesday, October 05, 2010

choosing assignment topic = choosing wife?

I like auditting classes because it makes me feel like 'I don't have enough time'. Then I will have to speed up things.

This subject I'm taking is going to be another International Arbitration Practice class, as there is a flood of reading materials which is already imposed from day one! It was kind of 'hey you are not threatened enough already? I just need a few students in this class'..hihi..but there was indeed not many students as compared to other classes I joined.

I remember the days doing my degree. The kulliyyah did not exhibit the names of the lecturers fearing of 'lecturer shopping'practice. The most favoured ones will have many classes and students while the least favoured are left with a few bunch of students - the better to be attacked!

One thing that I like said by the lecturer today was: "Me, choosing your assignment topic is just like your parents choosing your wife".. yeah, it kinda make sense.

Time is passing fast. I really have to finalise things up, well at least for this stage. Important things ahead are my presentations and upgrading process. Its peek-a-boo with time. No excuse of the weather or anything (should be). "Ready or not? Here I come!"

After class I spent my time baking with the kids. They are on holiday for two weeks and we have no plan as at yet to bring them anywhere. Its windy and rather cold. We tried the 'Ginger Mint Blueberry Miniature Cake' by Ruth Clemens, second runner up of The Great British Bake Off Finals. The taste was ok, but I need to use proper steel bakeware for better outcome.

Kena beli bekas muffin

Monday, October 04, 2010

Autumn 2010

Baru tahu bagaimana rasanya apabila Dundee mulai sejuk.Rupanya musim panas di sini sekejap sahaja. Patutlah kawan-kawan di sini berjalan sakan pada musim panas dan bunga kerana dijangka akan terperap dirumah pada musim-musim yang lain. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, kami tidak menghadapi masalah 'catuan heater' kerana bayaran asrama sudah termasuk gas pemanas rumah. Gas pemanas rumah akan dipasang dan dihentikan secara automatik mengikut suhu semasa. Bagi mereka yang menyewa sendiri, bil utk gas pemanas rumah adalah agak tinggi, sebab itulah penjimatan perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, terdapat juga kelebihan-kelebihan lain menyewa di sendiri seperti kos sewa yang lebih rendah, dan lokasi serta design rumah yang mengikut citarasa sendiri.

Berdebar juga menanti musim sejuk.

Bagaimana pula kaitan diantara musim dengan pengajian? Sekarang ini siang sudah menjadi semakin pendek. Cuaca pula asyik mendung dan hujan. Payung / baju hujan mesti dibawa kemana-mana. Ada yang kata mood study mungkin terjejas. Jadi kalau nak pulun study, pulun betul-betul sebelum masuk musim sejuk sebab ramai yang murung/ demam/ batuk etc. Nauzubillah min zalik.

Kelas sudah pun bermula utk sesi baru. Ramai betul students dlm kelas tadi. Mujur aku teringat bawa bekal air, kismis dan mint..pergh mengantuk jugak kelas tiga jam (break 15 minit). Member sebelah org Ghana aku rasa dia ngantuk, tapi aku biar jelah dia ngantuk..hehe..ini kes saja buat dengki. Kelas Downstream Policies. Banyak betul istilah-istilah baru engineering dan ekonomi yang baru didengar, ditambah lagi dgn slang scottish pensyarah tersebut. Lawakk jugak bila dia buat lawak org tak gelak..err...dia kata 'it was supposed to be a joke'..har har.

Aku perhatikan pensyarah tu dari awal dia masuk ke kelas..aku teringat time aku ngajar. sudah tentu students juga memerhatikan aku..very typical style semua pensyarah buat..masuk kelas, adjust nota, adjust board, power point, check pencahayaan..cuma pensyarah tadi makan choclate bar 2 batang (itu aku tak buat), dan dia mulakan kelas duduk atas meja (hehe, kdg2 buat jugak camtu), lepas tu ayat-ayat yg mmbuatkan students gerun seperti ' in order to survive this class...' dan ayat-ayat yg konon nampak baiklah seperti 'i dont expect you to know everything, but i do want you to show some intellect in ...'..whatever pun, sama je.hhehe.

Esok macam manala pulak. kelas International Trade.


tingkap rumah taymills yang berembun pd waktu malam.

Sunday, August 29, 2010

Kek Idola

Kek ini adalah antara kek lapis yang sedap dan tidak melibatkan pewarna. Risau jugak bila buat kek lapis yg berwarna, kita sebenarnya tak berapa perhatikan had warna yang dibenarkan.Kalau letak pewarna sikit, tak cantik pulak.

Ok, kek ini telah dicuba di Dundee, menggunakan resepi ini, but of course with a little bit of modification.
DSC_0213

KEK LAPIS IDOLA

Bahan;
10 biji telur
16 oz mentega
200 gm horlick
50 gm serbuk santan
80 gm kaya
400 gm coklat masak ( dicairkan )
1 tin susu manis
1/2 gelas milo
1 1/2 gelas gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
sedikit browning dan warna kuning

DSC_0207

DSC_0206


DSC_0204

Cara;
Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu
Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang
Masukkan horlick, kaya, serbuk santan, susu manis, tepung gandum dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagia adunan kepada 2 bahagian.
Bahagian pertama diberi warna kuning. Adunan ini dibahagi 2 bahagian ( untuk lapisan bawah dan atas ).
Bahagian kedua, campurkan milo, browning sugar dan coklat masak tadi.
Bakar adunan kuning berlapis-lapis. Lepas itu bakar adunan coklat juga berlapis-lapis. Akhir sekali, adunan kuning lagi, bakar berlapis-lapis.

Sunday, August 15, 2010

Pengalaman Berpuasa di Dundee

Pengalaman berpuasa di Dundee adalah sangat menarik. Maha besar Allah, beribadat di sini sgt mendekatkan kita dengan kebesaran Allah swt dalam mencipta bumi ini. Waktu solat dan berpuasa berbeza begitu ketara sekali mengikut musim. Kali ini kami berpeluang berpuasa pada musim panas. Jumlah jam berpuasa di sini adalah lebih kurang 20 jam. Maknanya, hanya tinggal 4 jam sahaja untuk berbuka, tarawikh dan sahur. Semalam contohnya, waktu imsak adalah pada pukul 2.09 pagi dan maghrib pada pukul 9.00 mlm. Lebih kurang 5 jam extra berbanding berpuasa di Malaysia. Alhamdulillah ala kulli hal. Tapi Allah juga maha adil dan kaya, sungguhpun musim sekarang adalah summer, panasnya tidaklah seterik jika berada di Malaysia. Cuacanya Alhamdulillah, sejuk dan sentiasa hujan, terutamanya pada hari-hari awal berpuasa.
Perbezaan tempoh masa berpuasa membuatkan aku mengimbas semula ilmu geografi yang tak seberapa tentang pergerakan bumi mengelilingi matahari. Aku juga semak kejadian ini melalui internet.

Bumi kita seperti yang kita tahu berpusing mengelilingi matahari (365.25). Bumi juga berpusing pada paksinya (24 jam). Paksi tersebut adalah sedikit condong sebanyak 23.5 degree. UK mengalami musim panas apabila bumi condong kearah matahari dan siangnya menjadi lebih panjang kerana kedudukan UK yang sangat hampir di utara. Pada musim sejuk pula siangnya akan menjadi sangat singkat kerana kedudukan UK yang berada jauh dari equator. Di Shetland Island UK, tempoh siang boleh mencapai sehingga 23 jam dan di utara Norway yang dikenali sebagai ‘the land of the midnight sun’, 24 jam.

Jadi kita boleh bayangkanlah bagaimana waktu solat boleh berubah dengan begitu ketara. Dikatakan di sini, waktu isyak tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana matahari tidak hilang sepenuhnya pada musim summer. Jadi kami solat isyak sebaik sahaja selesai solat maghrib. Kalau kita tengok ke langit pada waktu itu, kita akan dapati bahawa malam di sini tidaklah segelap Malaysia.

Saya pasti teruja melihat perubahan waktu solat pada musim sejuk nanti. InsyaAllah.

Saturday, August 14, 2010

Gantung Kuali

Baru ingat nak gantung kuali bulan ramadhan ni, tapi tadi pergi Mathews (kedai menjual makanan oriental)terjumpa pulak kepala ikan kod dan salmon 50p dan 70p sahaja. Kalau convert RM dalam lebih kurang RM3, murah tu. Buat kari kepala ikan atau masak lemak cili api mesti sedap.Ehm,simpanlah dulu dlm peti, sebab malam ni nak berbuka puasa di masjid.InsyaAllah.
DSC_0248

DSC_0249

Kepala ikan di sini murah sebab orang putih memang tak makan benda ni. Dulu, kepala ikan ni memang tidak ada harga dan dibuang begitu sahaja, tapi apabila mereka dapat tahu kepala ikan dimakan oleh orang asia, mereka mula menjualnya.

Antara barang yang aku angkut dari mathews ialah tepung beras, tepung pulut, beras pulut, santan, lengkuas dan serai. Stok ramadhan dan raya kot.
DSC_0247

Setakat ni, barang masakan yg biasa digunakan di Malaysia boleh didapati di kedai mathews tu, sebab kita share bahan masakan/makanan yang sama dengan orang Thailand. Ada banyak produk Thailand di situ. Aku selalu tanya kawan Thai aku kalau ada barang-barang yang aku tak jumpa. Dia yang cdgkan, contohnya kalau nak dapatkan udang yg besar,murah dan belum dimasak, aku patut pergi ke Freshfarm.Memang sedap, tapi udang tu dah dikupas dan tiada kepala serta ekor.

Barang yang masih belum dijumpai disini ialah daun kesum, bunga kantan, sayur keladi, daun pisang..atau aku yang masih belum explore lagi.

Thursday, August 12, 2010

Buku sudah sampai

The books have arrived at my doorstep.Duit biasiswa memang patut diperuntukkan sebahagiannya untuk membeli buku.Di sini buku lebih mudah dibeli. Buku-buku tersebut adalah buku-buku terpakai yang saya beli di Amazon.Harganya jauh lebih murah dan kualitinya masih baik. Menariknya disini, orang putih tidak menconteng buku-buku mereka malahan nama juga tidak dicatatkan. Sudah menjadi budaya mereka untuk memelihara barang-barang mereka agar kelihatan baru kerana barang-barang tersebut boleh disumbangkan kepada kedai-kedai kebajikann (charity shops) atau menjualnya di car boot, gumtree atau ebay.


buku3

buku1

Saya sedang mengumpul buku-buku di dalam bidang pengajian sedikit demi sedikit. Undang-undang percetakan di sini adalah ketat, sehingga tidak membenarkan percetakan/ photocopy dalam jumlah yang banyak. Kemudahan mesin fotostat juga terhad dan proses cetakannya amat lambat. Justeru disini adalah lebih economic jika buku-buku dibeli sahaja, biarpun diatas tangan.Kalau di Malaysia, sudah tentu buku-buku tersebut sudah selamat dihantar di kedai-kedai fotostet dgn bayaran yang murah dan hasil cetakan yang amat memuaskan hati.