Monday, February 14, 2011

Dari Braveheart ke Salahuddin Al-Ayubi

Baru sahaja ingin merehatkan badan, tv menayangkan pula cerita Braveheart. Entah kali berapa saya menonton cerita ini, setiap kali tgk, mesti dah tak boleh buat kerja lain. Tapi menonton kali ini berbeza kerana dialek scotland sudah tidak asing, begitu juga dgn sejarah dan landscapenya (glen dan loch yg begitu cantik di Scotland ini). Beberapa tempat yang diceritakan didalam legend itu juga sudah dilawati seperti Stirling, Fife etc. Saya semak semula sejarah berkaitan Wallace dan Bruce. Ada beberapa perkara yang kurang tepat digambarkan di dalam cerita Braveheart- Mel Gibson pun kata ia adalah satu legend sahaja). Contohnya Isabella (isteri Edward II berbangsa Perancis) sepatutnya belum lagi berada di England ketika zaman Wallace, justeru mustahil mereka dpt bertemu, apatah lagi berkemungkinan mengandungkan waris monarki inggeris. Walaubagaimanapaun, kebanyakan bahagian lain adalah selari dgn sejarah. Bruce memang pernah belot dan menarik tentera dari tentera Wallace, tetapi kemudiannya menyambung perjuangan Wallace dan merebut kembali takhtanya sebagai raja di Scotland .

Mengimbau sejarah Scotland, kita juga tidak boleh lupa, pada waktu itu kerajaan Islam sedang menghadapi ancaman tentera bersalib dari eropah bersatu. Robert Bruce kalau ikut sejarah memang memberikan banyak sumbangan merebut Baitulmaqdis dari orang Islam.

Kebencian orang eropah terhadap orang Islam amat jitu apabila paderi kristian Peter Hermit berjaya menyemarakkannya dgn memfitnah orang Islam membunuh orang Kristian, mendera dan sebagainya. Walhal, dalam Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menggariskan undang -undang peperangan yang adil dan tidak menzalimi yang telah dipatuhi oleh sahabat-sahabat baginda (radhiyallahu anhum) dan panglima-panglima yang lain. Undang-undang siyar itu adalah lebih terdahulu dari pelbagai Geneva Conventions yang baru diperkenalkan di dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa pada hari ini. Pada waktu itu, orang-orang eropah masih di dalam zaman medieval, tiada undang-undang perang yang jelas. Undang-undang hal peperangan telah diserahkan oleh Pope kepada panglima-panglima tentera bersalib. Akibatnya, ketika mereka berjaya menakluki jerusalem, lebih kurang 90 thn sebelum Salahuddin Al-Ayubi, mereka telah membunuh beribu-ribu orang Islam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Salahuddin Al-Ayubi menebus kembali jerusalem selepas peperangan Hittin. Tawanan perang di berikan layanan yang baik, Mereka amat tidak menyangka mereka mendapat layanan sebegitu rupa setelah apa yang mereka lakukan kepada orang Islam selama hampir 90 thn yang lalu.

Para sejarawan barat juga tidak menyangkal kehebatan Salahuddin Al-Ayubi. Mereka tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur kepada kebaikan, keagungan dan kehandalan Salahuddin dalam berperang. Panglima mereka tidak dapat menandingi keperibadian Salahuddin. Paling memalukan ialah apabila raja Richard dari England membunuh 1000 orang tawanan Islam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua sedangkan perjanjian damai sedang dilakukan. Ini menyemarakkan semangat tentera Muslim dan terus mengumpulkan kekuatan merebut kembali Jerusalem.

Allah menurunkan bantuan kepada tentera Salahuddin dgn menggoyahkan kekuatan tentera eropah bersatu. Raja Jerman telah mati lemas dan beratus ribu tenteranya bersurai. Yang tinggal adalah tentera dibawah raja Richard dari England dan raja Philip dari Perancis yang curiga di antara satu sama lain.

Dan hari ini, rakyat palestin menunaikan fardhu kifayah mereka tinggal di Palestin dan mempertahankannya. Hari ini, kerajaan-kerajaan arab Islam di negara-negara jiran seakan tidak melihat kesengsaraan tersebut, sama seperti kerajaan2 Islam pada zaman Salahuddin dahulu yang membiarkan perjuangan itu dilakukan oleh tentera2 Salahuddin. Cumanya, hari ini umat Islam berhadapan secara langsung dengan orang Yahudi (dahulu org Yahudi berperanan secara senyap melagakan orang kristian dengan orang Islam dalam perang salib). Akan ada lagikah pahlawan seperti Salahuddin Al-Ayubi sebelum kemunculan Imam Mahdi?

1 comment:

deqan said...

Can't imagine how ur processor works when reading history..its like reading an interesting novel... Impressed!!! Dulu, kini and bila2..