Thursday, September 25, 2008

Khairil Hisyam dan Ibadah Camp

Satu sumbangan besar yang dibuat oleh arwah semasa hidupnya ialah 'Ibadah Camp' di IIC. Aku masih teringat ketika aku dipanggil oleh arwah untuk membincangkan beberapa perkara perundangan.Ofisnya tidaklah besar mana. Aku lihat terdapat beberapa rim kertas tersusun di penjuru biliknya. Gee begitu sibuk mengalihkan beberapa dokumen dari atas meja arwah.
"Yang ini ke, En. Khairil?" Tanya Gee. Gee lah staf yang paling memahami arwah.
"Ya." kata arwah. Gee beredar ke luar ofis menuju ke mejanya. Dia tekun mengerjakan apa yang disuruh bosnya itu.Arwah ialah manager ACAD (academic) di IIC pada ketika itu.
"Students akan grad tidak lama lagi." kata arwah. Aku mengangguk. Aku sebenarnya belum begitu faham struktur pengajian pelajar ketika itu.
"CMIS nanti akan handle ibadah camp." katanya lagi.
"Ibadah camp?" tanyaku
"Oh, head of CMIS belum beritahu lagi?" Tanyanya.
"Ada rasanya." Kataku. Aku selalu sahaja tidak prihatin dengan sekeliling. Yang pasti selepas ini perkataan 'ibadah camp' akan terpahat dalam ingatan.
"Besar tanggungjawab ini."katanya lagi.
Aku mengangguk cuba memahami bagaimana besar tanggungjawab yang dimaksudkan.
"Melihat kepada kepentingan ini kami masukkan sebagai kursus wajib bagi setiap pelajar yang hendak bergraduat."
"Dalam kem itu kita mesti terapkan semua fundamental islamic knowledge kalau-kalau masih ada pelajar kita yang belum menguasainya sebelum keluar IIC."
Aku mengangguk. Arwah benar-benar serius.
"Ia akan bertindak sebagai filtering sistem."Katanya penuh semangat.
"Del tengok pelajar kita macam mana? Ye lah dari segi penguasaan agama?" Tanyanya. Aku musykil juga kerana aku rasa manager akad di institusi lain mungkin tidak mempunyai penghayatan Islam sepertinya. Aku mula mengkaji karakternya. Satu sahaja perkataan yang aku ada untuknya iaitu 'mutamassik', sangat mutamassik biddin.
"Okay, tetapi ada banyak ruang yang perlu diperbaiki."
"Nanti head CMIS akan panggil semua buat modul."Nadanya mula perlahan.
"Saya mungkin tidak sempat nak jalankan ibadah camp ni dengan you guys." katanya.
"Kenapa?" tanyaku.
"Saya mungkin dipindahkan ke school." Katanya.

Belum sempat lama arwah ke IIS (school) (entah sempat entah tidak) arwah ke PTD.Setakat hari ini aku rasa sudah lebih atau hampir 10 kali Ibadah camp diadakan. Sepanjang aku dan suamiku berkhidmat di IIC tidak pernah sekali kami miss Ibadah camp. Dan benar kata arwah, memang di situlah kami memberikan panduan terakhir kepada para pelajar. Masih ramai yang mahukan bimbingan.Dan Ibadah camp akan kekal selagi ia berada di dalam struktur pengajian semua proigram di IIC. Dan selagi itulah arwah mendapat amal jariahnya insyaAllah.

Di IIC, sewaktu arwah masih memegang jawatan, staf tidak berani pakai yang menjolok mata kerana tahu arwah benar-benar implement rule tu di kolej. Pelajar apatah lagi.Lagu pun tak pasang kuat (kan Gee kan?hehe)..sudah samar juga kenangan itu dalam fikiranku.

Aku rasa memang arwah sudah dapat sebahagian besar yang dia inginkan dalam hidup..isteri yang baik..anak-anak (ingat lagi bila arwah kata 'you guys jangan laju sangat, nanti you guys dan ramai anak, I masih lagi bujang")..kerjaya yang baik..kawan-kawan yang baik (aku perhatikan yang arwah mempunyai ramai kenalan di timur tengah yang baik-baik)dan bahasa arab (aku rasalah, sebab nampak dia happy dapat berbahasa arab di libya).

Apabila kami bertanyakan tentang pilihannya ke PTD, dia nampaknya begitu tekad walaupun gajinya turun. Banyak juga rasanya. Dia menyatakan yang mungkin ini destinasinya. Familinya semua memintanya ke PTD. Ada sekali kami menumpangkannya ke ofis kerana nampak arwah menunggu bas ke ofis. Hairan juga kami, top manager macam tu pergi kerja naik bas awam. Arwah sangat humble orangnya. Apabila kami bertanyakan hal itu, dia senyum dan berkata ' entahlah.'Dia juga menyebutkan yang dia agak fobia kerana abangnya baru sahaja kemalangan kecil.

Itulah dia seorang Khairil Hisyam yang kami kenali.
Seorang yang berjiwa besar. Sungguh besar.

(Ambilan dari comment saya dalam perantau timur tengah:
Saya dan suami kawan arwah Hisyam dan Izad di IIC.
Arwah Hisyam memang seorang yang sangat baik dan dihormati. Sekiranya ada senarai kawan-kawan yang baik, sudah pasti nama arwah akan berada di dalam senarai nama-nama teratas. Sungguhpun tidak terdapat banyak ruang untuk kami bersama tetapi persahabatan itu amat terasa.
Kali terakhir kami berjumpa ialah pada waktu arwah pulang melihat anak kecilnya yang baru lahir. Langsung tidak tergambar pada ketika itu yang arwah akan pergi sebegitu cepat. Itulah hikmahnya Allah tidak membuka masa depan pada mata kita. Susuk tubuhnya seperti dahulu juga. Dia memeluk erat suamiku. Erat sekali. Kenapa dia begitu baik?Fikirku. "Mahiz,mahiz.." Katanya berulang kali. Aku dan izad tersenyum melihat dua rakan yang begitu lama tidak berjumpa. Izad menghidangkan air. Hairan juga melihat Izad ke sana kemari dalam waktu pantang. Terdetik di hati ini yang Izad bukanlah seorang yang lemah semangat tapi cekal dan berdikari.Kalau tidak masakan dapat tahan menemani arwah di Libya. Tidak semua isteri dapat lakukan itu. Dengan elektrik selalu terputus, panas, kemudahan yang sangat minimal. Tambah pula dengan jadual arwah yang sangat ketat. Arwah meninggal dunia memang di dalam berjihad. Dia seorang yang komited sepanjang pengetahuan kami. Kami membelek-belek passport tersebut. Arwah bertanya nama anak-anak kami. "Zulfa dan Muadz" kata kami. "Oh, kebetulan pula hampir sama dengan Muzaffar dan Muazzam" katanya pula. Mereka bercadang untuk ke Libya semula selepas Izad dah sihat sedikit agaknya. Arwah menghulurkan passport Muazzam yang baru sahaja dibuat. " Bukan senang nak dapat passport diplomat." katanya. "Muazzam kecil-kecil pun sudah dapat passport diplomat." Ujarnya lagi. Ibu Izad sedang mendukung Muazzam. Seorang yang sangat supportive.Muzaffar menyendeng-nyendeng dekat abahnya. Arwah berulang-ulang menyatakan 'sayang abah', 'I love you' dan memeluk2 anaknya. Bagi aku, kasih sayang yang ditunjukkan amat ketara. Kami belum pernah berjumpa dengannya selepas berumahtangga bersama keluarga. Sebelum pertemuan tersebut hanya pada hari perkahwinan dan konvo IIC. Jadi kami tidak terbayang keadaannya bersama orang yang disayangi erat sebegitu. Arwah juga tersebut 'sayang' pada isterinya. Terkantoi agaknya. Dia dan suamiku tersenyum. Manis sekali peristiwa tersebut jika dikenang pada waktu ini.
Sibuk sekali arwah menyuruh kami merasa kurma yang baru dibawa dari umrah. Aku sempat merasa satu kerana begitu sibuk melayan anakku makan. Arwah meminta Izad membungkuskan kurma untuk kami.Arwah juga bertanyakan dimana boleh dapat kek sarawak utk diberi kepada kawan-kawan di libya. Aku suggest beberapa tempat.Akhirnya aku menyatakan yang aku akan buat sendiri sekiranya ada masa dlm 1-2 hari tersebut sebelum arwah bertolak. Arwah gembira tetapi di dalam masa yang sama dia tidak mahu menyusahkan kami. Suamiku sebenarnya enggan berjanji kalau-kalau tidak dpt menunaikan permintaan itu. Entah kenapa kami terus membeli bahan untuk buat kek tersebut. Bukan satu tetapi tiga jenis sempat aku siapkan. Kami begitu gembira sekali. Kami hanya sempat mesej pada Izad dan menghantarkan kek tersebut ke rumah Izad. Pada waktu itu mereka menghabiskan masa menziarah keluarga arwah di putrajaya. Kami terasa sangat berpuas hati dapat menghantar bingkisan tersebut. Teringat lagi sewaktu suamiku datang untuk temuduga di IIC, arwah yg merupakan panel interview beredar dari bilik tersebut. Dia tidak mahu biase atau ada conflict of interest. Dia memang mengenali suamiku sewaktu di UIA.Sungguh mulia peribadinya. Teringat juga sewaktu aku mengkhabarkan siapa bakal suamiku, dia berkata " You beruntung, Del." Teringat lagi apabila arwah mengkhabarkan kepada kami yang keputusan arwah untuk memilih Izad sebagai isteri di Burger King.Kami mengucapkan tahniah kerana arwah sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya. Teringat juga intention awalku untuk mengintai-intai peluang belajar di Malta. Aku mencarai-cari embassy Malaysia di Malta. Bagaimana aku begitu terkejut yang kedutaan Libya juga merangkumi Malta dan orang yang akan berurusan adalah arwah. Orang pertama yang paling gembira ialah suamiku.

Suamiku amat terkesan dengan pemergian arwah. Sesekali aku melihat dia termenung. Ada sekali tiba-tiba aku terdengar esakan yang tidak dapat ditahan ketika dia memandu kereta. Begitu dekat terasa arwah di dalam hati.

Aku baru menyambut ulang tahun pada 17 September, tidak pula aku sangka keesokannya aku bakal mendengar berita kematian. Sama terkejut rasanya apabila menerima berita kematian adik perempuanku dua tahun lepas yang meninggalkan suami dan anak kerana nahas jalanraya.

Semua sudah tercatat di dalam luh mahfuz. Kita merancang, Allah yang menentukan. Arwah mungkin mempunyai banyak perancangan dengan Izad dan anak2, tapi percayalah inilah pengakhiran yang paling baik kerana Allah yang menentukannya. Impian kita mungkin indah tapi Allah hanya berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita ingini. Izad, you are strong...you will discover it inside you.

Secebis kenangan,
Kawan-kawanmu Arwah dan Izad,
Mahiz dan Fadhilah
Bangi

Ini pula balasan emel arwah kepada kami (how helpful he was):
Assalamu'alaikum w.b.t.

My dearest friends Del & Mahiz,

Tak sangka betul dgr berita dari u guys. Sblm ni, saya ada dpt e-mel org tanya psl IMLI 12 Mei yg lalu and tak perasan pulak rupanya Del yg tanya...


Apa2 pun, sori takdan nak respond awal. Saya sbnrnya jarang sempat bukak yahoo mail ni. Sibuk dgn kerja.. tambah internet connection kat libya ni tak reliable & kdg2 je dpt. Ni pun baru sempat baca e-mel yahoo yg dah b'lambak sbb baru settle handle delegation dari early last week. So, ada break sat.

FYI, mmg kitaorg kat sini cover Malta sekali. Malta ni negara kecik je. Rakyatnya pun sikit, tak sampai stgh juta org. Mostly kristian. Tapi, sbb negara EU, cost of living mmg mahal ler kat situ. Depa guna Euro... baru je start Januari tahun ni. Ttg cuaca, mmg nice.. ada 4 musim dgn mediterranean weather! (berangin & rather cold during winter). Selain nak cari makanan halal agak susah sbb tak ramai org islam, harga sewa rumah & kereta kat sini agak mahal jugak. Masjid pun just ada satu je kat negara tu. Setakat ni, hanya ada 2 famili rakyat malaysia kat malta - sorg org melayu islam dari terengganu & sorg lagi chinese lady yg kawin dgn org malta. Both of them r nice people. Other than that, ada ler 2 org tahanan rakyat m'sia kat dlm penjara malta tu... Sebab kes depa b'dua yg kena tangkap menyeludup dadah since Feb this year, org m'sia yg masuk malta kena periksa ketat sikit. Sebelum tu, kitaorg pegi sana takde masalah langsung.

Anyhow, kitaorg mmg mengalu-alukan sgt kalau Mahiz & Del nak dtg ke Malta. Sbb negara komanwel, tak perlu visa pun. Kalau jadi bagi tau ler... boleh tlg introducekan korg dgn rakyat m'sia kat sana. En. Ismail org terengganu yg dok sana tu, kerja jadi chef hotel palace. So, nak cari makanan halal pun, dia boleh tolong ler.. (bukan setakat utk beli, siap boleh tlg masakkan lagi... )

Generally, kalau nak study kat malta, mmg bagus. Tak byk distraction. Senang nak concentrate study. Cuaca & tempat pun nice. Bab makan jelah. Utk communicate, dorg semua boleh cakap Bi, walaupun ada bahasa depa sendiri (called Maltese language). Saya dah cuba dapatkan maklumat psl IMLI melalui official channel, tapi belum dpt respond lagi. Sori to say, but knowing how their foreign ministry work, i don't think dorg akan jawab anytime soon sbb kementerian luar dorg sufer from lack of staff. Only about 100 diplomats kat ministry tu utk cover the whole world (termasuk kat luar negara). Pegawai yg jaga asia pun sorg je kat valetta tu... jenuh dia nak handle lebih 60 buah negara! So, info yg ada melalui website tu should be reliable & sufficient enough. In terms of standard of education pun, should not be a problem. Apa2 pun, dah mintak tolong en. ismail utk tlg cuba dptkan maklumat jugak. Nanti, kalau dia dpt or ada apa2 maklumat lain ttg MILI tu, insyaALLAH saya sampaikan.


Btw, hisham kat sini sorg je skrg. Izad & Muzoffar ada kat m'sia sbb Izad akan b'salin insyaALLAH early julai nanti.


Setakat ni jelah dulu. Kalau ada apa2 nak tanya lagi, boleh e-mel kat my personal official e-mel at khairil@kln.gov.my.


Kirim salam kat semua member2 & take care!

Salam takzim dari Tripoli,


...................................

(KHAIRIL HISHAM)

Embassy of Malaysia

Tripoli, GSPLAJ

5 comments:

nuun said...

dia sakit apa?

Fadhilah said...

Dia second secretary kedutaan Msia kat Tripoli, Libya. Meninggal dunia sebab accident.Teringat kat arwah Nora. Al-Fatihah.

http://perantautimurtengah.blogspot.com/2008/09/belasungkawa-allahyarham-khairil-hisham.html

z'kea m.s said...

Kak Del nak study kat Malta ke? Kiah ada kenal diplomat Malta kat Malaysia. Dia ada dtg IIC hari tu. Kalau sesiapa nak further study kat Malta he is the contact person. If you want the contact no, i'll try to find it for you.

JALAN REBUNG said...

salam del ...

nak menitis air mata bila baca tulisan del ni ....

rizal

saibidina said...

kak del..mak aii.ada potensi jadi novelis..tapi sume tu meresap ke tulang hitam. Until now, sy belum ada kekuatan lagi nak ziarah izad, sy takut sy lak yg menangis..izad dan sy kan satu batch masuk IIC...nak sambung belajar ek?/jgan le cepat sgnt..sy master pon tak habis lagi..ni nak jeles nih