Sunday, August 15, 2010

Pengalaman Berpuasa di Dundee

Pengalaman berpuasa di Dundee adalah sangat menarik. Maha besar Allah, beribadat di sini sgt mendekatkan kita dengan kebesaran Allah swt dalam mencipta bumi ini. Waktu solat dan berpuasa berbeza begitu ketara sekali mengikut musim. Kali ini kami berpeluang berpuasa pada musim panas. Jumlah jam berpuasa di sini adalah lebih kurang 20 jam. Maknanya, hanya tinggal 4 jam sahaja untuk berbuka, tarawikh dan sahur. Semalam contohnya, waktu imsak adalah pada pukul 2.09 pagi dan maghrib pada pukul 9.00 mlm. Lebih kurang 5 jam extra berbanding berpuasa di Malaysia. Alhamdulillah ala kulli hal. Tapi Allah juga maha adil dan kaya, sungguhpun musim sekarang adalah summer, panasnya tidaklah seterik jika berada di Malaysia. Cuacanya Alhamdulillah, sejuk dan sentiasa hujan, terutamanya pada hari-hari awal berpuasa.
Perbezaan tempoh masa berpuasa membuatkan aku mengimbas semula ilmu geografi yang tak seberapa tentang pergerakan bumi mengelilingi matahari. Aku juga semak kejadian ini melalui internet.

Bumi kita seperti yang kita tahu berpusing mengelilingi matahari (365.25). Bumi juga berpusing pada paksinya (24 jam). Paksi tersebut adalah sedikit condong sebanyak 23.5 degree. UK mengalami musim panas apabila bumi condong kearah matahari dan siangnya menjadi lebih panjang kerana kedudukan UK yang sangat hampir di utara. Pada musim sejuk pula siangnya akan menjadi sangat singkat kerana kedudukan UK yang berada jauh dari equator. Di Shetland Island UK, tempoh siang boleh mencapai sehingga 23 jam dan di utara Norway yang dikenali sebagai ‘the land of the midnight sun’, 24 jam.

Jadi kita boleh bayangkanlah bagaimana waktu solat boleh berubah dengan begitu ketara. Dikatakan di sini, waktu isyak tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana matahari tidak hilang sepenuhnya pada musim summer. Jadi kami solat isyak sebaik sahaja selesai solat maghrib. Kalau kita tengok ke langit pada waktu itu, kita akan dapati bahawa malam di sini tidaklah segelap Malaysia.

Saya pasti teruja melihat perubahan waktu solat pada musim sejuk nanti. InsyaAllah.

1 comment:

S.L.A.S. said...

best la baca post along.. pasti menarik ditempat org kan... moga ada rezeki sha utk cari pengalaman sedemikian...Insyaallah....