Saturday, October 23, 2010

Pagi yang dingin

Memandangkan malam sudah semakin makin panjang maka saya mesti membiasakan diri menggandakan waktu belajar saya pada waktu malam. Walaupun jari jemari saya sejuk menekan punat huruf komputer, tapi saya amat bersyukur berupaya duduk dengan selesa di meja belajar dan bukannya merengkok kesejukan di dalam selimut tebal. Dan bilik kedua saya telah saya ubahsuai sepenuhnya menjadi tempat saya belajar, sebagai persediaan menghadapi musim sejuk. Pada musim sejuk saya mungkin tidak dapat berlama di pejabat kerana sebahagian besar waktu saya dihabiskan di dalam kelas yang saya sertai di tambah dengan waktu solat yang rapat, lebih sesuai untuk saya lakukan di rumah.

Tanggungjawab saya yang sememangnya berat ini semakin memperlihatkan cabarannya dengan peredaran masa. Saya amat berterimakasih kepada suami saya yang telah memberi laluan kepada saya untuk melanjutkan pengajian saya terlebih dahulu. InsyaAllah masanya akan tiba untuk saya mengembalikan khidmat saya kepadanya. Allah lebih mengetahui rencananya.

No comments: