Wednesday, July 23, 2014

A Bundle of Joy

No wonder they call the arrival of a baby as a bundle of joy. It is!

Alhamdulillah, on the first of Ramadhan our baby arrived. Overdue by 1 week. When the doctor asked me to go back until I feel the pain naturally, I spent the whole day baking biscuits. It was a one day baking marathon. That morning,after sahur there was blood show.

Throughout pregnancy I referred the internet a lot. It is as if I have forgotten everything. 7 years of gap is long. The nurse has even categorised my case as a high risk case because of this gap. The baby has accompanied me in my tummy throughout my last moments of submission, viva, correction and was born just a few days after my supposed convocation date.

I focussed on the pain when contraction came. Believe it or not I tried to describe how it felt each time it came. From mild to medium to waaaaarghhhh!!! Still I could'nt decribe it.


The baby with his brother, sister and cousins.

O yes, and eventually my baby changing bag is in action. I put an insert organizer in the bag to arrange the things.




Ramadhan Baby, June 2014

Saturday, March 01, 2014

Pasca PhD - My Little Steps

Rasanya masa untuk rehat sudah tamat. Sekarang sudah tiba masanya untuk memulakan sesuatu dalam bidang akademik. Sudah lama saya memikirkan kemampuan, strategi dan peluang penerbitan. Ada org kata lebih baik terbit jurnal. Markahnya lebih tinggi. Tetapi saya fikir thesis saya lebih sesuai diterbitkan dlm bentuk buku. Lagipun bukan senang nak menghasilkan sesuatu yg tebal macam tu untuk satu penerbitan. InsyaAllah rezeki penerbitan jurnal akan dtg kemudian.
Seram melihat syarat-syarat yang ditetapkan oleh penerbit-penerbit terkemuka. Tetapi hati ingin mencuba. Teringat satu 'quote' yang kenalan saya sebut semalam, kadangkala sesuatu itu kelihatan 'impossible' sehinggalah 'it is done'. Terasa takut juga dengan kualiti kerja sendiri, tetapi kalau tak cuba kita tak tahu.

Takpe, kita buat dulu.
Buat satu-satu.
Jawab dulu author questionnaire yang diperlukan.

Terjumpa kad-kad nama ini di dlm poket blazer pada hari viva.

Pagi Mac. Dundee 2014.

Thursday, February 27, 2014

Cetak Thesis

Hari utk print thesis tiba. Saya pergi ke printing unit utk menyemak harga. Kalau 4 salinan (softbound) harganya hampir seratus pound. Alhamdulillah suami saya insist utk print sendiri menggunakan printer laser jet yg dibawa dari Malaysia. Lawak juga terpaksa menggoncang-goncangkan toner utk salinan yg terakhir (salinan utk saya). Rasa terharu juga melihat sehelai demi sehelai kertas yang keluar. Kemudian saya bawa tesis tu utk softbinding di Printing Unit. 5 pound satu tesis. Oklah taklah mahal sangat. Sementara tunggu siap kami sarapan sekejap di Tartan. Full Vegetarian Breakfast. First Time. heheh.... Universiti tak biaya cetakan tesis utk tujuan viva. Yang dibiaya ialah cetakan tesis utk tujuan penyerahan akhir (hardbound). Yang tu kalau nak buat sendiri mahal harganya - 26 pound satu tesis. Inilah rupanya thesis yang telah di bind -'soft bound'. Suka tengok kekemasan tulang tesis tu... Yang hard bound belum siap lagi. Ok, sekian...menikmati hari-hari terakhir di Dundee sebagai pelajar, sebelum kad pelajar ditamatkan... Dundee, Seribu Kenangan. Februari 2004.

Mengemas utk pulang

Tinggal beberapa hari lagi nak balik. Hari ni sibuk memasukkan barang dlm kotak. Kali ini giliran pinggan2 makan harian kegunaan dapur. Barulah real. Lepas ni kena guna pinggan mangkuk besi/plastik/ aneka corak. Cabaran seterusnya ialah menghabiskan stok makanan di dapur. Tadi berjaya buat satu bancuhan biskut coklat utk menghabiskan kekacang, serbuk coklat dan mentega. Lepas tu buat satu adunan roti pizza utk menghabiskan 'strong bread flour'. Lepas ni kena fikir nak buat apa dgn self raising flour yg ada beberapa bungkus dlm almari. Takpe ada dua minggu lagi. Seterusnya membeli belah barang2 souvenir / sendiri yg nak dibawa balik. Boleh tahan juga letihnya...dan jumlah wang yang keluar. Alhamdulillah saya ada masa yang agak lapang utk uruskan semua perkara ini. Cik Abg tiap2 hari tick kotak checklist dia - buat surat berhenti sekolah, terminate elektrik, notis utk terminate rumah sewa, urusan jual kereta, mengangkat perabot keluar, sisih barang yang tak perlu, mengutip kotak, terminate internet, urusan tiket etc etc.. Saya tumpu barang dlm rumah sahaja, susun barang dlm kotak, dan yang paling penting : menyelesaikan urusan mencetak thesis akhir dan urusan lain berkaitan universiti. Semua ini memerlukan masa dan tenaga. By next week, perabot besar insyaAllah akan dipindahkan keluar dan kotak2 akan dihantar shipping. Kerja seterusnya ialah mengecat rumah. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang menggembirakan...saya berjaya convert beg besar jadi changing bag utk baby. Dah dua hari termenung tengok beg tu, suka design, material, brand (Sakroots) dan poket2nya tapi saiznya pula terlalu besar. Puas saya tgk changing bag lain tapi tak berkenan. So, saya guna klip2 kertas utk mengecilkannya dan inner beg kamera utk jadikannya tegak berdiri. Sesuai utk digunakan sebagai changing bag!! Tak sabar nak tgk beg ini in action. InsyaAllah. Sepetang yg sibuk, Dundee Februari 2014.

Thursday, October 24, 2013

sentimental

Berdebar juga menunggu komen Sv tentang kerja. Ini kali kedua saya menanti2kan balasan email sv utk pembetulan thesis. Sebelum ini, sementara sv baiki, saya masih sibuk menulis bab yg lain. Pagi dan petang saya check email.
Kali ini saya hantar full draft. Sentimental juga masa nak hantar tu. Maklumlah bahagian acknowledgment pun dah ada dlm tu. Zulfa kata ' I saw my name in there. Are you allowed to do that?' tanyanya. Masa nak print thesis tu utk semakan terkahir notakaki, suami saya kata, 'ini mcm dah siap, dah siap ke ni?' mcm tak percaya. Saya kata 'eerr...hope so'. Bersyukur sehingga ke peringkat itu dan berharap ia berjalan lancar. Sentimental bagi kita, tapi bagi SV itu perkara biasa. Dah biasa tgk full draft student. Banyakkah pembetulannya? Biarlah byk pembetulan sekarang dari pembetulan nanti. Walaupun dlm hati, jika pembetulan itu melibatkan pergerakan footnote, masaklah nak adjust footnote lagi sekali yg pasti memakan masa dan tenaga. Takpelah, until that happens, buat benda lain dulu - siapkan slide utk pembentangan.


Bergambar kenangan di hadapan kapal landmark Dundee,
Dundee, Oktober 2013.

Wednesday, October 23, 2013

Bila nak camping lagi?

Suhu sudah mulai jatuh. Baju-baju tebal mula dikeluarkan dari almari. Masing-masing periksa kelengkapan sarung tangan dan baju samada masih muat ataupun tidak.Alat pemanas rumah pun sudah mula dipasang. Pintu bilik sentiasa bertutup. Tingkap apatah lagi. Begitulah setiap kali tiba musim sejuk. Alhamdulillah, kali ini kami dapat menikmati musim panas yang agak lama. Musim panas kali ini kami memanfaatkan sebaiknya dengan aktiviti berkhemah. Oh best rupanya camping!! Dah tahun akhir baru tahu. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir, kami cuba menikmati scotland sebaiknya. Tahun lepas tak sedar summer berlalu sebab saya sibuk mengikuti kursus selama sebulan. Budak-budak pula cuti sekolah. Kosnya pula berpatutan (cuti budget). Ada byk campsite camping di Scotland ni. Kemudahannya juga banyak. Dah masuk musim luruh ni, kena simpanlah barang2 camping... Pada musim luruh saya suka perhatikan warna-warna daunnya. Ada pokok yang cepat menguning, ada pula yang lambat. Ada yang bertukar menjadi oren dan ada yang merah. Kadang-kadang kita dpt lihat pokok2 ditepi jalan mempunyai ketiga2 kombinasi ini. Tak lama lagi daun-daun ini gugur menandakan ketibaan salji pula. Dundee, Oktober 2013.

Monday, October 21, 2013

'Niat' utk menghantar tesis

Apabila kita sedang sibuk menulis, kita jarang ambil tahu proses dan prosedur utk urusan yg belum lagi perlu. Bukan tidak mahu ambil tahu, tapi kadang-kadang tidak ada urgency utk benar2 mengambil perhatian. Lagi pun ada banyak perkara yang lebih urgent di hadapan mata. Contohnya, pada tahun pertama, yang ada di hadapan mata ialah bagaimana hendak 'upgrade'. Makan, tidur semuanya fikir tentang upgrade. Yang berlegar di dalam kepala ialah problem statement, research questions, analytical framework dan skop pengajian. Asyik berfikir bila nak book sesi pembentangan pertama dan 'timing' yang baik mengumpulkan panel2 utk upgrade. Yang menjadi 'concern' kita ialah samada rakan-rakan yang sama masuk dengan kita dah upgrade ke belum. Lepas ke tak, dengan modifikasi ke tak etc..

Waktu itu, kita tak dapat selami pengalaman rakan-rakan lain di peringkat lain pengajian - samada yang sedang 'stuck' menulis, atau yang sedang kelam kabut memohon lanjutan pertama, apatah lagi yang hendak 'submit' atau viva. Itu adalah perkara yang pada waktu itu dirasakan akan difikirkan kemudian.

Apabila tiba masanya melalui proses2 tersebut, barulah terkial-kial nak mendapatkan pengalaman org lain. Masa tu barulah kita imbau pengalaman kawan2 yg sudah melaluinya dan berkata, 'oh beginilah yg mereka rasa pada waktu itu...'

Intention to Submit - dlm code PhD sudah tertulis bahawa pelajar perlu mengisi borang ini sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum viva. Secara kasarnya saya tahu perkara ini. Tetapi yang tidak saya ketahui ialah di dalam borang tersebut kita perlu menentukan siapa external, internal examiner dan convener kita. Utk menentukan itu, kita kena berbincang dgn penyelia dan mendapatkan persetujuan mereka. Maknanya, persiapan perlu dibuat lebih awal - (terutamanya bagi mereka yg kesuntukan masa cuti belajar). Walaubagaimanapun, penyelia biasanya tidak akan membuka perbincangan mengenai ini jika dia rasakan penulisan kita belum cukup bersedia utk dinilai. Itulah dilemanya.

Apabila tiba giliran saya utk menghantar, saya mula bertanya kpd yang lain. Bagaimana perkara sebesar ini saya tidak pernah dengar siapa2 membincangkannya dengan terperinci? Pada pengamatan saya, (dan yg saya rasakan sekarang ini) ialah, ini adalah tempoh 'fragile' seorang pelajar PhD. Yang bersarang di dalam kepala ialah, adakah saya dapat melaluinya? Adakah benar saya dapat menghantar thesis dlm jangka masa tersebut? Seyakin mana pun kita, di dalam sudut hati ada rasa takut tersebut. Pada fasa ini jangkamasa tersebut dijadikan garis panduan utk menyiapkan kerja. Kita perlu berusaha dan selebihnya ditentukan oleh Allah swt.
Patutlah ramai yg memilih utk tidak membincangkannya selagi mana tesis belum benar2 dihantar.
Inilah agaknya yg dimaksudkan di dalam bait doa dlm mathurat - 'fa atimma alayya nikmataka'...maka lengkapkanlah atau sempurnakanlah nikmatmu keatas ku...Setelah menikmati pertolongan Allah mengharungi sebahagian besar kerja thesis, sehingga terhasilnya bab2, sehingga SV menyarankan mengisi borang menghantar thesis, sehingga thesis sudah nampak bentuk fizikalnya, maka berdoalah kepada Allah supaya menyempurnakan nikmat itu. Semoga nikmat ini menjadikanku hamba yang bersyukur. Amin.



Cuci tingkap menjelang musim luruh,

Dundee 2013.

Saya dan Tesis

Jika malas mencatat kepayahan menulis PhD pada waktu kepayahan tersebut, susahlah nak perihalkan semula kemudiannya. Begitulah yang dirasakan sekarang, fasa yang paling susah bagi saya (dari sudut penulisan) sudah berlalu tanpa sempat dirakam. Waktu itu, setiap zarah yang berlalu seolah2 kita dapat rasa. Apabila tengok timbunan kes atas meja atau artikel pdf yg tidak berkesudahan (yang perlu di 'skrol' down), rasa nak 'shut down', 'hang' pun ada(istilah komputer je, bukan literal).

Sekarang ini saya merasakan cabaran yang berbeza, sesuai dgn fasanya. Susah juga, tetapi motivasinya lebih memberangsangkan.
Masa first year, kesibukannya sekitar melepasi ujian 'upgrade'. Masa second year, sejurus selepas upgrade, kepayahannya ialah 'memulakan penulisan' seperti yang telah dijanjikan di dalam proposal. Bab kedua begitu mencabar sekali. Ternyata dlm kes saya, byk sekali pembetulan yg perlu dilakukan kemudiannya.
Bagi bab-bab seterusnya, cabarannya ialah meneroka aspek yang diperkenalkan dlm bab-bab tersebut. Saya perlu meneroka tiga jurispruden yang agak asing bagi saya, justeru masa yang ada perlu diperuntukkan utk mengenali jurispruden2 tersebut, mengenalpasti literature yg relevan, memahami kes, menganalisa dan menulisnya. Jurispruden 'pokok' juga (yg keempat) saya baru mengenalinya ketika mula pengajian.

Proses ini telah mengambil masa sehingga ke pertengahan tahun tiga. Tertekan juga dgn masa yg begitu pantas berlalu. By the time masuk chapter akhir (yg memuatkan sintesis kes, pengamatan dan dapatan) saya sudah tidak sabar2 mengulang bab-bab terdahulu utk dimurnikan. Pertama, melalui pembacaan bahan-bahan2, saya telah dapati cara yang sesuai utk 'approach' bab-bab tersebut. Ada satu bab tu, saya terpaksa rombak dapatan saya dgn bersandarkan literatures lain. Yang susahnya (dan baiknya) ialah- tiada salah dan betul didlm undang2, yg penting ia mesti disandarkan kpd hujah2 yang boleh diterimapakai. Susahnya, kita kena berhati-hati memilih examiners yg selari dgn pendapat kita. Kedua, saya bimbang masa tidak mencukupi utk melakukannya jika saya tak memulakannya. Penyelia saya berkali2 pesan supaya terus meneroka dan menulis utk bab seterusnya dan jgn dihiraukan pembetulan dahulu. Apabila saya tengok balik, ada betul katanya itu, kerana selagi kita baiki selagi itu ia takkan sempurna. Yang ruginya ialah masa yg sepatutnya digunakan utk meneroka bab baru. Itu yg memerlukan masa yang banyak.

Alhamdulillah penyelia saya banyak membantu. Dia selalu sarankan pembacaan dari segala ceruk. Pembacaan saya jadi terpandu. Tetapi dia tidak masuk campur dgn penulisan. Yg diberi ialah panduan. Jika tidak agaknya dah lama saya punya thesis jadi 'lefties' (seperti yg berlaku dlm satu bab saya yg dirombak tu). Insaf - 'nikmat itu semuanya dari Allah, walaupun diberi melalui manusia'.

Apabila sudah masuk fasa meperbaiki penulisan (correction), ia adalah waktu yang baik (yg ditunggu-tunggu) utk mencantumkan kesemua penulisan tersebut di dalam satu dokumen. Inilah fasa saya sekarang. Cabarannya ialah berbentuk editorial dan mengharmonikan kesemua bab tersebut. Utk fasa ini, yg perlunya ialah mengenalpasti (secara muktamad) gaya penulisan nota kaki, senarai kes, perjanjian2 antarabangsa etc. Memastikan setiap rujukan telah di'rujuk' sebenar2 nya (berbeza dgn zmn undergraduate). selagi saya tak tengok dgn mata kepala sendiri kes tersebut dan paragraph yang dimaksudkan, selagi itu bahan tersebut tidak dpt dimasukkan di dlm tesis. Setiap notakaki adalah liabiliti.
Ok, stop sini dahulu -

Saya dan Tesis, Oktober 2013, Dundee.

Tuesday, February 26, 2013

Secebis ketenangan



Beberapa hari lepas, kepala ini terasa amat berserabut. Apa yang dibuat serba tidak kena. Artikel dibaca bersilih ganti. Tangan pula mencari-cari kekunci huruf cuba mengolah ayat. Semuanya hendak dilakukan serentak. Menggelabah sekali. Mata sentiasa bergenang dan berkaca-kaca, jika ada yang bertanyakan (mengenai kerja) sudah tentu berderaian air mata. Alhamdulillah suami sentiasa menemani dan memahami.
Hari ini berbeza.
‘Mak doakan kamu hari-hari’
Terima kasih mak. Terima kasih mak yang telah mendoakan saya hari-hari..kerja saya terasa amat lancar pada hari ini. Gembira rasanya mendengar suara mak di corong telefon. Saya juga mendoakan mak dan abah sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt, dijauhkan kesusahan dan menjadi ahli syurga insyaAllah. InsyaAllah, saya akan buat sehabis baik. Semoga perjalanan kalian ke tanah suci Makkah berjalan lancar, dimakbulkan kesemua doa dan diterima amalannya. Amin.

Friday, February 15, 2013

I think I need a break

My eyes went watery. My fingers kept scrolling down the pdf document on may laptop. It was too long. And that was only one out the many.  My laptop then started to become slow.  I checked the number of pdfs opened. Argh. 20?
I am now trying to figure out the most effective way to deal with the cases. I have read a case so many times- for the part which concerns my research. Each time for a different perspective. I am now using the nitro acrobat reader so that I could highlight and put comments on them. But my eyes signalled me for some other way. They get sour. This is not leisure reading. This is analysis. Printing? I am not too sure, considering the volume.


I think I need a break. 


Wednesday, February 13, 2013

I had to start somewhere, and I have started it..

I decided to have a slow walk to the university today, taking fresh breeze of air and toiling around a few cases that I have read in the morning. I was trying to make the connections between the cases and the flow of the thesis, figuring out a sound analysis to put through. ‘ Law is tough’, I recalled what a person responded to me when I told him I was doing law. ’Well, err..’ I said, not too sure of what to say. 'All subjects are tough' I responded. I knew all along that law was tough, and I have infact thought it was tougher than many other professional disciplines (especially when I was overwhelmed with the long chain of cases, AND the analyses)…but to have somebody saying that to me, emphasizing it, made me thought that I was not alone in thinking that way. Well of course, I do not want to risk claiming that as I know students of other fields e.g civil engineering, medicine etc have their own obstacles in lab experiments and god knows what. Its relative. It is just the constant exercise of the mental faculty that makes me exhausted at times. I however feel very fortunate for the chance of being exposed to the area of study I'm doing, despite rather late (well, comparatively to the younger ones...) I saw many others have had proper exposure to this subject in taught classes during the masters programme. But as I have always thought, I have to start somewehere, and it must not necessarily be in order. Due to all this being new to me, I feel vibrantly excited to the new facts I found although sometimes it brought me down a little only to know that everybody else have talked about it in many articles..they are not new afterall. But I can do it! Allah swt helps! Now snow is melting. It was very beautiful today. It is the second blast of the season. But I know it will not be as beautiful tomorrow. It is sentimental this year.

Saturday, December 08, 2012

Musim Panas di Paris

Oh, malas sungguh rasanya untuk menulis blog. Tapi mengenangkan beberapa pengalaman yang mungkin akan pudar dengan peredaran waktu ada baiknya saya mencoretkan disini. Bagus juga dijadikan panduan bagi mereka yang berminat menjejak pengalaman yang sama. Paris, here I come!
Pada bulan Julai yang lalu, saya telah menyertai sebuah akademi perbitaraan antarabangsa di Paris selama sebulan. Pada mulanya saya hanya mencuba nasib, tetapi apabila difikirkan mengapa tidak saya cuba memohonnya bersungguh-sungguh?Segala dokumen yang diminta saya sediakan. Tak ubah seperti memohon tempat pengajian. Banyak sungguh maklumat yang diminta. Saya juga memohon biasiswa dengan menyatakan seribu satu alasan mengapa saya mesti ditaja.
Alhamdulillah saya beroleh tempat dan biasiswa pelepasan yuran (walaupun tidak dpt biasiswa penuh). Ada beberapa rakan yang lain yang tidak berjaya memperoleh biasiswa. Mereka akhirnya tidak dpt turut serta kerana yurannya sahaja sudah 900 euro. Sebahagian perbelanjaan diberi oleh universiti.
Berdebar juga mengenangkan tiada teman atau kenalan di Paris. Tambahan pula tidak tahu berbahasa perancis. Ah, fikir saya lagi, jika tidak tahu perancis atau berbahasa perancis, inilah peluangnya utk berbuat demikian (walaupun hakikatnya saya tak sempat mempelajari bahasa perancis sebaiknya sepanjang di Paris- jadual terlampau penuh dan banyak pembacaan yang perlu dibuat!).
Menurut jadual akademi yang saya terima, lokasi kuliah adalah berbeza setiap hari. Saya masih ingat lagi yang saya terpaksa bergegas pulang ke asrama utk memakai pakaian formal dan menaiki metro ke lokasi lain berdasarkan alamat yang diberi.Jika bernasib baik saya berjumpa dgn rakan kursus yang lain, jika tidak terpaksalah saya bersendirian. Suami sentiasa berpesan supaya berhati-hati dan berdoa - beg saya dakap rapat, dan peta metro saya simpan dua tiga jika hilang. Mencabar, memang mencabar.
Justeru lokasi tempat penginapan adalah sangat penting. Saya dapati Cite Universitaire adalah tempat yang paling sesuai dan selamat. Ia terbuka kpd pelajar antarabangsa yang mengikuti apa-apa kursus di Paris. Sekali lagi saya membuat permohonan - persaingan adalah sengit kerana saya tahu seramai seratus lebih orang peserta akademi lain ingin mendapatkan tempat di situ juga! Permohonan dibuat sebaik sahaja saya memperoleh jawapan dari akademi dan akhirnya saya mendapat penginapan di rumah sweden.
Di Cite Universitaire, bukan sahaja penginapannya lebih murah, ia juga berdekatan dengan stesen metro, lokasi-lokasi kursus dan yang paling penting ada dapur sendiri. Maka kehidupan saya di Paris menjadi begitu teratur sebagai seorang pelajar di asrama dan segala peraturannya.
Bekal ke akademi.
Bilik di rumah Sweden.
Ruang legar rumah Sweden.
Di akademi saya menimba pelbagai pengalaman baru. Melihat profil pelajar yang lain. Mengagumi semangat mereka. Mendengar pandangan mereka. Dalam masa yang sama juga saya membawa imej negara saya, agama saya dan universiti saya.
Dari segi isikandungan kursus, ia merangkumi ruang lingkup perbitaraan antarabangsa yang luas - memuatkan perbitaraan berinstitusi seperti ICSID, ICC dan SCC.
Ini adalah pengalaman yg amat berharga dlm perjalanan sebagai seorang pelajar.

Sunday, January 15, 2012

Meneruskan Langkah



Satu lagi cabaran pembentangan telah saya lalui pada hari Rabu yang lalu. Sebagai tindakan susulan, saya perlu menambahbaik penulisan saya hasil maklumbalas membina yang diterima. Sungguhpun pembentangan dalaman itu rutin di jabatanku, yang pasti ia sesuatu yang besar bagi setiap pembentang yang mengambil giliran. Kami pasti menepuk bahu dan memberi kata semangat kepada pembentang pada setiap sesi. Ada yang menyatakan jika kita melakukan pembentangan dalam Seminar PhD di jabatan dan mock viva pada akhir pengajian serta melepasinya, peluang akan menjadi sangat cerah utk viva sebenar. Mudah-mudahan. Satu perkara lagi yang membakar semangatku ialah apabila mendapat tahu kawan yang baru sahaja bergraduasi telah berjaya menerbitkan tesisnya melalui penerbitan Kluwer. Alangkah besarnya kejayaan tersebut. Aku berdoa agar aku juga dapat menjejak langkah tersebut.

Misi selanjutnya ialah membuat persiapan terakhir utk ke persidangan di Germany dan menyudahkan penulisan bab yang amat mencabar saya ini.

Tuesday, January 03, 2012

Oh, salji tidak turun tahun ini...


Sudah beberapa hari saya tidak menjengah ke luar tingkap dan menyemak ramalan cuaca Dundee di laman web. Sekarang sudah masuk bulan Januari dan salji masih belum turun. Pada tahun lepas, salji turun seawal bulan November. Masih kuat di dalam ingatan saya kepingan salji yang turun dengan lebatnya dibawah sorotan lampu taman kampus. Ketika itu saya baru sahaja tamat kelas gantian. Terus saya keluarkan telefon bimbit saya mencari punat video untuk merakam saat yang istimewa itu. Terkial-kial saya cuba memadam beberapa rakaman lama untuk memuatkan yang baru. Taman yang sebelumnya dipenuhi rumput basah dan pokok-pokok tidak berdaunn itu berubah menjadi lanskap putih dari setiap penjuru dalam hanya sejam. Suasana menjadi senyap, hening dan damai. Litupan salji telah menyerap semua bunyi.Itulah suasana yang dirindui.

Rupa-rupanya,salji lebat pada tahun 2010 itu adalah yang terburuk dalam rekod beberapa dekad. Salji turun berhari-hari. Sekolah dan universiti terpaksa ditutup sementara. Hanya jalan-jalan utama sahaja yang beroperasi. Kereta kami tidak dapat dikeluarkan dari masjid. Arahan telah dikeluarkan oleh pihak council untuk berada di dalam rumah masing-masing.




Salji, seperti api, apabila kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Salji menjadi bahaya sekiranya kita tidak mengenakan pakaian yang cukup tebal dan sesuai. Tangan dan kaki mudah menjadi sejuk dan kejang (frost) jika terdedah kepada sejuk terlalu lama. Bahaya lain ialah ais beku (black ice) atas jalan yang menyukarkan pemanduan dan pejalan kaki. Begitu juga bahaya runtuhan salji (avalanche) dari bumbung bangunan atau tanah tinggi. Ais beku dan runtuhan salji lazimnya berlaku apabila salji mula mencair.

Salji pada lanskap Dundee adalah amat cantik. Pokok-pokok besar dan kecil, gunang-ganang, rumah dan jalan yang dilitupi salji menghasilkan pemandangan yang benar-benar berbeza dan segar. MasyaAllah.


Pada tahun ini, kami bercuti krismas di rumah sahaja. Tambahan pula, saya mempunyai beberapa tugasan yang perlu disiapkan sebelum menghadiri persidangan pada akhir bulan Januari. Ada target yang perlu dicapai sebelum musim bunga!

Tuesday, August 09, 2011

Sila jgn balik rumah selagi belum siap bahagian 3.2

(Trans: Please do not go home unless 3.2 is done!)

Saya turun lebih awal ke ofis. Harapnya dpt pulang awal juga sebab saya tahu dlm pukul 3 ptg bulan puasa ni, kepala rasa mcm dah nak switch off dah tentang research. Tapi saya tahu sebaiknya jika kita berehat sekalipun, research tu jgn switch off sepenuhnya. Biarlah pada suhu tempe.hehehe.

Ada beberapa bahagian lagi yang belum siap. Saya target nak hantar bulan puasa ni juga, supaya paling kurang boleh beraya sehari dua dengan aman dan berprogress. Raya berprogress. Walaupun selepas tu, pasti ada komen membina dari SV.

Selamat berbuka!

Friday, August 05, 2011

Sorotan Ramadhan

Teringat semasa pertama kali berbuka di asrama banat, IUA Sudan. Saya baru beberapa minggu tiba di Sudan. Para pelajar dikumpulkan di luar bangunan yang ditutupi pagar tinggi.
'Malizi, Somali...Yallah!'
Kedengaran wakil pelajar menjerit meminta wakil dari setiap negara mengambil dulang masing-masing.
Terdapat beberapa orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di situ. Alhamdulillah, ada juga tunjuk ajar ekspres yang aku perolehi dari mereka. Kebanyakannya adalah tunjuk ajar untuk mengharungi kehidupan seharian di asrama itu khususnya dan di Sudan amnya.

Saya melihat dulang yang dibawa Kak Nini. Beberapa biji kurma kering, tujuh batang roti yang agak keras, kuah dan beberapa ketul daging dan tujuh gelas air karkadeh.
'Fadhilah, di sini, inilah menu berbuka puasa kita. Esok, insyaAllah mungkin ada nasi' kata Kak Nini yang sudah beberapa tahun berpengalaman di asrama itu.Mungkin dia telah terlihat reaksi saya terhadap komposisi makanan tersebut.
'Tapi hari ni Kak Nuha ada bawa sambal yang baru dibuat di sutuh (bumbung)tadi' kata Kak Nuha.
Itulah pengalaman pertama saya berbuka di perantauan setelah 18 tahun berbuka di samping keluarga atau asrama di Malaysia. Tidak pernah saya lihat hidangan seringkas ini. Di dalam hati saya terdetik juga samada saya akan kenyang dengan makanan sebegini. Namun Alhamdulillah, saya teringat tujuan abah dan mak saya hantar saya ke situ. Bukannya abah tidak tahu kehidupannya yang serba kekurangan, bukannya dia tidak tahu cuaca yang begitu panas di situ. Namun, beliau yakin yang anaknya boleh mengharunginya dan boleh belajar darinya. Ya, jika kesenangan relatif yang aku inginkan sudah tentu aku minta abahku menghantarku ke Jordan atau Kuwait, ataupun dibatalkan sahaja niatnya itu.
Saya menjamah makanan tersebut. Saya menjumpai keenakan di dalam makanan yang serba sederhana itu. Menakjubkan. Saya juga dapati betapa mudahnya untuk saya rasa bersyukur pada waktu itu. Ya, lebih asas sesuatu hidangan itu, lebih kerdil yang dirasakan. Saya lihat pelajar Afrika lain makan dengan gembira seolah-olah tiada kekurangan pun pada hidangan tersebut. Hanya beberapa suap yang singgah di mulut saya, saya sudah rasa kenyang. Ya Allah, itulah berkatnya makanan. Ah, kenapa saya perlu rasa bongkak pada awalnya?

Saya tertanya -tanya mampukah saya mengekalkan keinsafan tersebut?
Ya Allah permudahkanlah jalan kami untuk membina talian yang kuat denganMu melalui rezeki yang Engkau berikan.

Tuesday, August 02, 2011

Berbuka di Rumah

Hari ini kami decide nak berbuka di rumah. Lauk hari ini ialah ikan makarel bakar, air asam dan ulam pegaga. Alhamdulillah.



Selepas solat tarawikh, Zulfa dan Muadz sempat belajar satu baris dari Surah Al-Baqarah.

Iftar

Semalam saya sempat menyediakan popiah goreng bersalut cili manis dan bijan sebagai juadah berbuka puasa di masjid.

Kuih ini orang melayu sahaja yang gemar. Orang arab yang menjamah kuih ini di masjid semalam, seperti yang saya agak, tidak menghabiskannya. 'Gula bersama cili'will never work for them!

Zulfa dan Muadz bersedia ke masjid.


Tadarus al-Quran, bacaan dibuat secara bergilir.

Thursday, July 28, 2011

Reflection- Summer Trip 2011


Our last trip brought as to Inveraray, Glencoe and Oban, and so this time we decided to go further up north to see Fort William and Inverness. We took the familiar route to Glencoe and enjoyed the summer version of the three sisters and the beautiful landscape surrounding it. I caught a glimpse of Glen Orchy and thanks to the map, I didn't allow such must see views to escape my sight.



Just opposite the Glencoe Ski Centre, one particular sight caught my interest. I have seen this before during winter, but it surprised me that looking at it the second time still stored as much passion and interest as before. It was this extraordinary landscape of black soil and white sticks which looked like remains of animal bones all the way across the horizon. Most, it reminded me of the description of the end of time, when people will be resurrected and judged of their deeds. Allahuakbar.

There was no way we were able to stop to snap some pictures as for the narrow and winding road.


Just a further bit up after Fort William, we climbed Ben Nevis (practically no, but technically yes), by a gondola. Clever.
And Why Ben Nevis?
Because it is the highest mountain in the British Isles (at least, according to Wikipedia). For mountain lovers, this is a spot which they must experience, canvassing different view each season.


Inverness- is a city at nearly the very end of the British map, before Stornoway and Shetland. I agree to this because there are indeed big supermarkets around including Morrisons, an airport and other facilities. A Swedish lady I met at our hostel made a point that because of Inverness being populated, it allows people to come and enjoy the Scottish wild landscape, something that is quite hard to do in Sweden - despite of it sharing the same climate. We saw B&Bs all the way and it seems that everybody is making good at tourism.

The best thing about this trip is when I got to tick, scribble and circle the places in my worn map. I believe the road has not changed a lot ever since anyone earlier came to Inverness. I believe that by the time I got the chance to chat with someone I know (who is already now in his 70s), we will still be able to talk about the same route and the same natural view. By the way, I find it still interesting to see the lambs on green patches of grass behave so well. Do they ever move?? I am still eyeing an opportunity to be under a tree, reading my book, with a pencil in my hand, surrounded closely by these beautiful lambs..and of course, a high quality picture of it!



Scotland and Lochs- inseparable. No wonder fishing is the next best thing (if not the best)in Scotland. Different here, you need to get permit for fishing. Hey wait a minute, isn't fish in the sea/ lake a common heritage, at least for residents? Perhaps they have environmental or regulatory explanations for this, as how feeding wild ducks are not allowed fearing it may be overpopulated (according to some). Kita orang Melayu main bantai je, itik belakang rumah sumbatlah apa pun, semuanya makan. Atau mungkin tidak ada statistik pembiakan itik di Malaysia?



Our journey concluded itself with another stroll 'in' the magestic view of Aviemore and Craingorm. It is as if we were transformed into a beautiful Aviemore postcard, or the other way around - postcards made real. So beautiful it was, I couldn't imagine how beautiful it must be in winter, but to drive on this narrow slope,it could be a nightmare in snow and possible avalanche! Just don't forget that last year was the worst snow in yeeeaars!

Reflection-
The experience was incredible,Masha Allah. We were walking around God's earth exactly on the pillars. Had not Allah created the mountains to hold the earth firm?
Should we not reflect the Quranic verse (Surah An-Naba' verse 7) that the mountains were erected as pillars? This quranic message sent shudders to me, reminding me how fragile the earth is, if Allah wills to take them down. (Surah Al-Zalzalah).

Buat Rendang pun ada Analytical Framework ke?


Hari ini kami anjurkan pot-luck di ofis. Kawan saya dari Goa telah bersusah payah menyediakan rendang Melayu. Macam tak percaya!



For somebody who has never tasted Malay Rendang, I score it a respectable, fat 6 out 10!!
Juadah lain termasuklah nasi ayam, lasagna (Iran), salad sayur dan ayam belanda (Poland), Spring Roll (Vietnam) dan Mee Kati (Thailand. Alhamdulillah.