Wednesday, October 23, 2013

Bila nak camping lagi?

Suhu sudah mulai jatuh. Baju-baju tebal mula dikeluarkan dari almari. Masing-masing periksa kelengkapan sarung tangan dan baju samada masih muat ataupun tidak.Alat pemanas rumah pun sudah mula dipasang. Pintu bilik sentiasa bertutup. Tingkap apatah lagi. Begitulah setiap kali tiba musim sejuk. Alhamdulillah, kali ini kami dapat menikmati musim panas yang agak lama. Musim panas kali ini kami memanfaatkan sebaiknya dengan aktiviti berkhemah. Oh best rupanya camping!! Dah tahun akhir baru tahu. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir, kami cuba menikmati scotland sebaiknya. Tahun lepas tak sedar summer berlalu sebab saya sibuk mengikuti kursus selama sebulan. Budak-budak pula cuti sekolah. Kosnya pula berpatutan (cuti budget). Ada byk campsite camping di Scotland ni. Kemudahannya juga banyak. Dah masuk musim luruh ni, kena simpanlah barang2 camping... Pada musim luruh saya suka perhatikan warna-warna daunnya. Ada pokok yang cepat menguning, ada pula yang lambat. Ada yang bertukar menjadi oren dan ada yang merah. Kadang-kadang kita dpt lihat pokok2 ditepi jalan mempunyai ketiga2 kombinasi ini. Tak lama lagi daun-daun ini gugur menandakan ketibaan salji pula. Dundee, Oktober 2013.

No comments: