Thursday, October 24, 2013

sentimental

Berdebar juga menunggu komen Sv tentang kerja. Ini kali kedua saya menanti2kan balasan email sv utk pembetulan thesis. Sebelum ini, sementara sv baiki, saya masih sibuk menulis bab yg lain. Pagi dan petang saya check email.
Kali ini saya hantar full draft. Sentimental juga masa nak hantar tu. Maklumlah bahagian acknowledgment pun dah ada dlm tu. Zulfa kata ' I saw my name in there. Are you allowed to do that?' tanyanya. Masa nak print thesis tu utk semakan terkahir notakaki, suami saya kata, 'ini mcm dah siap, dah siap ke ni?' mcm tak percaya. Saya kata 'eerr...hope so'. Bersyukur sehingga ke peringkat itu dan berharap ia berjalan lancar. Sentimental bagi kita, tapi bagi SV itu perkara biasa. Dah biasa tgk full draft student. Banyakkah pembetulannya? Biarlah byk pembetulan sekarang dari pembetulan nanti. Walaupun dlm hati, jika pembetulan itu melibatkan pergerakan footnote, masaklah nak adjust footnote lagi sekali yg pasti memakan masa dan tenaga. Takpelah, until that happens, buat benda lain dulu - siapkan slide utk pembentangan.


Bergambar kenangan di hadapan kapal landmark Dundee,
Dundee, Oktober 2013.

Wednesday, October 23, 2013

Bila nak camping lagi?

Suhu sudah mulai jatuh. Baju-baju tebal mula dikeluarkan dari almari. Masing-masing periksa kelengkapan sarung tangan dan baju samada masih muat ataupun tidak.Alat pemanas rumah pun sudah mula dipasang. Pintu bilik sentiasa bertutup. Tingkap apatah lagi. Begitulah setiap kali tiba musim sejuk. Alhamdulillah, kali ini kami dapat menikmati musim panas yang agak lama. Musim panas kali ini kami memanfaatkan sebaiknya dengan aktiviti berkhemah. Oh best rupanya camping!! Dah tahun akhir baru tahu. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir, kami cuba menikmati scotland sebaiknya. Tahun lepas tak sedar summer berlalu sebab saya sibuk mengikuti kursus selama sebulan. Budak-budak pula cuti sekolah. Kosnya pula berpatutan (cuti budget). Ada byk campsite camping di Scotland ni. Kemudahannya juga banyak. Dah masuk musim luruh ni, kena simpanlah barang2 camping... Pada musim luruh saya suka perhatikan warna-warna daunnya. Ada pokok yang cepat menguning, ada pula yang lambat. Ada yang bertukar menjadi oren dan ada yang merah. Kadang-kadang kita dpt lihat pokok2 ditepi jalan mempunyai ketiga2 kombinasi ini. Tak lama lagi daun-daun ini gugur menandakan ketibaan salji pula. Dundee, Oktober 2013.

Monday, October 21, 2013

'Niat' utk menghantar tesis

Apabila kita sedang sibuk menulis, kita jarang ambil tahu proses dan prosedur utk urusan yg belum lagi perlu. Bukan tidak mahu ambil tahu, tapi kadang-kadang tidak ada urgency utk benar2 mengambil perhatian. Lagi pun ada banyak perkara yang lebih urgent di hadapan mata. Contohnya, pada tahun pertama, yang ada di hadapan mata ialah bagaimana hendak 'upgrade'. Makan, tidur semuanya fikir tentang upgrade. Yang berlegar di dalam kepala ialah problem statement, research questions, analytical framework dan skop pengajian. Asyik berfikir bila nak book sesi pembentangan pertama dan 'timing' yang baik mengumpulkan panel2 utk upgrade. Yang menjadi 'concern' kita ialah samada rakan-rakan yang sama masuk dengan kita dah upgrade ke belum. Lepas ke tak, dengan modifikasi ke tak etc..

Waktu itu, kita tak dapat selami pengalaman rakan-rakan lain di peringkat lain pengajian - samada yang sedang 'stuck' menulis, atau yang sedang kelam kabut memohon lanjutan pertama, apatah lagi yang hendak 'submit' atau viva. Itu adalah perkara yang pada waktu itu dirasakan akan difikirkan kemudian.

Apabila tiba masanya melalui proses2 tersebut, barulah terkial-kial nak mendapatkan pengalaman org lain. Masa tu barulah kita imbau pengalaman kawan2 yg sudah melaluinya dan berkata, 'oh beginilah yg mereka rasa pada waktu itu...'

Intention to Submit - dlm code PhD sudah tertulis bahawa pelajar perlu mengisi borang ini sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum viva. Secara kasarnya saya tahu perkara ini. Tetapi yang tidak saya ketahui ialah di dalam borang tersebut kita perlu menentukan siapa external, internal examiner dan convener kita. Utk menentukan itu, kita kena berbincang dgn penyelia dan mendapatkan persetujuan mereka. Maknanya, persiapan perlu dibuat lebih awal - (terutamanya bagi mereka yg kesuntukan masa cuti belajar). Walaubagaimanapun, penyelia biasanya tidak akan membuka perbincangan mengenai ini jika dia rasakan penulisan kita belum cukup bersedia utk dinilai. Itulah dilemanya.

Apabila tiba giliran saya utk menghantar, saya mula bertanya kpd yang lain. Bagaimana perkara sebesar ini saya tidak pernah dengar siapa2 membincangkannya dengan terperinci? Pada pengamatan saya, (dan yg saya rasakan sekarang ini) ialah, ini adalah tempoh 'fragile' seorang pelajar PhD. Yang bersarang di dalam kepala ialah, adakah saya dapat melaluinya? Adakah benar saya dapat menghantar thesis dlm jangka masa tersebut? Seyakin mana pun kita, di dalam sudut hati ada rasa takut tersebut. Pada fasa ini jangkamasa tersebut dijadikan garis panduan utk menyiapkan kerja. Kita perlu berusaha dan selebihnya ditentukan oleh Allah swt.
Patutlah ramai yg memilih utk tidak membincangkannya selagi mana tesis belum benar2 dihantar.
Inilah agaknya yg dimaksudkan di dalam bait doa dlm mathurat - 'fa atimma alayya nikmataka'...maka lengkapkanlah atau sempurnakanlah nikmatmu keatas ku...Setelah menikmati pertolongan Allah mengharungi sebahagian besar kerja thesis, sehingga terhasilnya bab2, sehingga SV menyarankan mengisi borang menghantar thesis, sehingga thesis sudah nampak bentuk fizikalnya, maka berdoalah kepada Allah supaya menyempurnakan nikmat itu. Semoga nikmat ini menjadikanku hamba yang bersyukur. Amin.



Cuci tingkap menjelang musim luruh,

Dundee 2013.

Saya dan Tesis

Jika malas mencatat kepayahan menulis PhD pada waktu kepayahan tersebut, susahlah nak perihalkan semula kemudiannya. Begitulah yang dirasakan sekarang, fasa yang paling susah bagi saya (dari sudut penulisan) sudah berlalu tanpa sempat dirakam. Waktu itu, setiap zarah yang berlalu seolah2 kita dapat rasa. Apabila tengok timbunan kes atas meja atau artikel pdf yg tidak berkesudahan (yang perlu di 'skrol' down), rasa nak 'shut down', 'hang' pun ada(istilah komputer je, bukan literal).

Sekarang ini saya merasakan cabaran yang berbeza, sesuai dgn fasanya. Susah juga, tetapi motivasinya lebih memberangsangkan.
Masa first year, kesibukannya sekitar melepasi ujian 'upgrade'. Masa second year, sejurus selepas upgrade, kepayahannya ialah 'memulakan penulisan' seperti yang telah dijanjikan di dalam proposal. Bab kedua begitu mencabar sekali. Ternyata dlm kes saya, byk sekali pembetulan yg perlu dilakukan kemudiannya.
Bagi bab-bab seterusnya, cabarannya ialah meneroka aspek yang diperkenalkan dlm bab-bab tersebut. Saya perlu meneroka tiga jurispruden yang agak asing bagi saya, justeru masa yang ada perlu diperuntukkan utk mengenali jurispruden2 tersebut, mengenalpasti literature yg relevan, memahami kes, menganalisa dan menulisnya. Jurispruden 'pokok' juga (yg keempat) saya baru mengenalinya ketika mula pengajian.

Proses ini telah mengambil masa sehingga ke pertengahan tahun tiga. Tertekan juga dgn masa yg begitu pantas berlalu. By the time masuk chapter akhir (yg memuatkan sintesis kes, pengamatan dan dapatan) saya sudah tidak sabar2 mengulang bab-bab terdahulu utk dimurnikan. Pertama, melalui pembacaan bahan-bahan2, saya telah dapati cara yang sesuai utk 'approach' bab-bab tersebut. Ada satu bab tu, saya terpaksa rombak dapatan saya dgn bersandarkan literatures lain. Yang susahnya (dan baiknya) ialah- tiada salah dan betul didlm undang2, yg penting ia mesti disandarkan kpd hujah2 yang boleh diterimapakai. Susahnya, kita kena berhati-hati memilih examiners yg selari dgn pendapat kita. Kedua, saya bimbang masa tidak mencukupi utk melakukannya jika saya tak memulakannya. Penyelia saya berkali2 pesan supaya terus meneroka dan menulis utk bab seterusnya dan jgn dihiraukan pembetulan dahulu. Apabila saya tengok balik, ada betul katanya itu, kerana selagi kita baiki selagi itu ia takkan sempurna. Yang ruginya ialah masa yg sepatutnya digunakan utk meneroka bab baru. Itu yg memerlukan masa yang banyak.

Alhamdulillah penyelia saya banyak membantu. Dia selalu sarankan pembacaan dari segala ceruk. Pembacaan saya jadi terpandu. Tetapi dia tidak masuk campur dgn penulisan. Yg diberi ialah panduan. Jika tidak agaknya dah lama saya punya thesis jadi 'lefties' (seperti yg berlaku dlm satu bab saya yg dirombak tu). Insaf - 'nikmat itu semuanya dari Allah, walaupun diberi melalui manusia'.

Apabila sudah masuk fasa meperbaiki penulisan (correction), ia adalah waktu yang baik (yg ditunggu-tunggu) utk mencantumkan kesemua penulisan tersebut di dalam satu dokumen. Inilah fasa saya sekarang. Cabarannya ialah berbentuk editorial dan mengharmonikan kesemua bab tersebut. Utk fasa ini, yg perlunya ialah mengenalpasti (secara muktamad) gaya penulisan nota kaki, senarai kes, perjanjian2 antarabangsa etc. Memastikan setiap rujukan telah di'rujuk' sebenar2 nya (berbeza dgn zmn undergraduate). selagi saya tak tengok dgn mata kepala sendiri kes tersebut dan paragraph yang dimaksudkan, selagi itu bahan tersebut tidak dpt dimasukkan di dlm tesis. Setiap notakaki adalah liabiliti.
Ok, stop sini dahulu -

Saya dan Tesis, Oktober 2013, Dundee.