Thursday, May 15, 2008

In the middle of many things...

I just do not have the chance to write in my blog because of being so busy.
How work has taken my precious hobby!
Even though we have flexible hours of working, I end up going to work 8 to 5. It's much easier though having someone taking after Muadz at home. Zulfa goes to an arabic kindergarten near the university. But she wakes up at 1 o'clock almost every day and misses her morning class. The teacher has done everything to wake her up.

I happened to meet Kak Farahin yesterday...

"Kita berjumpa di mana ya, kak..UIA ke SMAPK ke?" Aku cuba mencari titik perjumpaan dengan Kak Farahin.Aku terjumpa dengan Kak Farahin sewaktu makan di kantin fakulti. Dia sedang mengikuti kursus SLAB untuk melayakkannya sambung masters di luar negara.
"Di SMAPK lah Fadhilah." Bimbang juga aku Kak Farahin terasa kecil hati.Tetapi lebh baik aku berterus terang.Dia adalah seorang doktor perubatan dan kini 'attached' dengan USIM sebagai tenaga pengajar perubatan USIM.
"Ooh ya.." Sekarang semuanya semakin jelas. Aku ketika itu di dalam tingkatan empat manakala kak Farahin di dalam tingkatan lima.
"Aku tidaklah sepopular mana dahulu. Ingat juga kak Farahin tentang aku." Fikirku.
Kami bersembang panjang di pejabatku. Jam sudah menghampiri pukul 2 petang.
"Kakak minta diri. Slot seterusnya bermula pukul dua." Kak Farahin dengan kawannya bangun ke muka pintu pejabat.
"Tunggu Kak, Mastura." Mastura juga seorang doktor perubatan.
"Ini kad saya. Kalau singgah di Nilai lagi, marilah ke blik saya. Manalah tahu hendak solat ke..apa-apa sahajalah." Aku menghulurkan kad. Tujuannya adalah untuk memberikan nombor telefonku.Mereka mengamati kad tersebut.
"Fadhilah,kamu ada kakak?" Tanya Kak Farahin seblum beredar.
"Ermmm...kalau orang itu lebih tua dari saya,itu sudah tentu bukan kakak saya kerana saya tidak ada kakak. Tetapi kalau lebih muda itu, mungkin. Kerana saya ada ramai adik." Kataku. Aku sudah biasa dengan soalan sebegitu. Mungkin ramai yang mempunyai wajah seiras denganku.
"Mastura, Fadhilah ini kakak kepada Nuun." Kata Kak Farahin membuat kesimpulan.Aku mengangguk kehairanan.
"Ya ke? Kakak Nuun?" Kecil betul dunia ini.
"Macam mana kakak mengenali dia?" Tanyaku. Pening juga kerana ketika adikku Nora masuk ke SMAPK, aku dan Kak Farahin sudah lama keluar.
"Internet friend." Kata Kak Farahin.
Aku terimbau kenangan bersama adikku itu.
"Nora, sudah-sudahlah tu mengadap komputer tu..." Kataku.
"Time masak ni." Sambungku lagi.
"Takpe, Along masak dulu nasi dengan...apa along kata nak masak tadi?Percik?Ha...masak dulu kejap lagi Nora buat sambal belacan dan sayur." Laungnya kembali.
"Hmmm...kalau mak balik habis dia ni." Aku kata di dalam hati.
"Baik aku mula memasak. Paling kurang bila mak pulang taklah kena marah. Lebih-lebih lagi bila tengok Nora mengadap komputer." Kataku di dalam hati.
Nora dan rakan-rakannya di Universiti Multimedia memang galak menggunakan internet untuk berkominikasi. Aku selalu kagum melihat mereka. Mereka mempunyai dunia lain di alam digital.Aku, kalau aku chatting sekalipun, nak chatting dengan siapa? Kawan-kawan aku kebanyakannya masih buta IT. Tidak sehebat Nora dan rakan-rakannya. Penggunaan internet belum lagi popular di UIA pada 1996.

"Nuun pernah jemput akak di KLIA sewaktu akak pulang dari Australia dahulu." Kak Farahin mengejutkan aku dari lamunan.
"Pernah jemput akak?" Tanyaku. Bagiku kalau sudah sampai tahap menjemput d lapangan terbang, ia bermakna mereka berdua memang berkawan rapat.
"Ya Allah, rindunya aku kepada adikku.." Laungku di dalam hati.
"Rupanya ada banyak perkara kebaikan yang kau buat aku tidak tahu, Nora." Aku menahan airmata dari bergenang.Sebab itulah dia begitu komited dengan komputernya. Dia mempunyai kawan-kawan sejati yang sentiasa mendoakannya sehingga ke hari ini.
"Akak juga pernah terserempak dengan Amiir di Warta membeli baju raya dengan mak kamu." Sambung Kak Farahin. Aku mengangguk.
"Suami Nora pula adalah kawan saya di KISAS." Ujar Mastura.
Kami terdiam seketika. Kecil sungguh dunia ini. Setelah bersalaman, Kak Farahin dan Mastura beredar.
Aku tersandar di kerusi pejabatku...

No comments: