Thursday, November 04, 2010

krisis sinki

7.45am
"alamak sinki tersumbatlah"
"sikit je kot, cuba jolok kot-kot ada benda terlekat"
dapur masih berselerak dengan pinggan yang belum dibasuh. sinki pula buat hal.lepas hantar Zulfa, suami aku pergi dua tiga buah kedai cari pam. sempat lagi dia telefon aku suruh cari dalam kamus apa exact word untuk pam. aku pun cari: 'plunger', 'sink plunger'. kalau dialek scottish, cuba ikut huruf 'u' tu betul-betul...

10.00am
suami aku buka paip dibawah sinki. Air mengalir dengan banyak. Dengan cepat aku cari baldi. empat buah baldi sekaligus.
"mana kita nak buang air ni?
"dalam lubang jamban boleh kot"kata suamiku.
"tapi tadi bila flush jamban waktu siapkan zulfa, saya nampak air naik di sinki."
aku tidak pasti itu adalah khayalan atau imaginasiku semata-semata. khayalan dan imaginasi sama la...tapi aku pasti air memang naik, cuma yang tidak pastinya adakah itu kesan flush.
"alamak, takkanla ada kaitan dgn jamban pulak kot" keluh suamiku
langkah kami seterusnya ialah mengelak menggunakan jamban. kami sudah merangka-rangka yang kami akan menuju ke masjid sekiranya terdapat kecemasan yang hakiki.
"peliklah, air masih keluar dari sinki dengan banyak"
"cuba pakai dawai pada beg laundry, mcm boleh je"
beg laundry itu kami koyakkan untuk mendapatkan dawainya. Beberapa usaha menjolok menggunakan dawai telah dilakukan, tetapi paip itu kelihatan bersih dan tidak ada apa-apa yang membuatkannya tersumbat. suami aku terus pergi sekali lagi ke kedai hardware berdekatan mencari alat proper untuk mencungkil paip tersebut. Masih tiada hasil.

kami bermuhasabah cuba mencari punca kejadian ini.
"well maybe its rice or grease" kata assistant janitor yang buat tinjauan awal masalah sinki kami tu. Yakin benar dia bahawa puncanya ialah rice dan gris. mungkin sebab dia tengok muka asia aku ni. (dulu aku suka ckp muka aku ala mongol, tapi sejak kes altan.... tu, cantiklah pulak org mongol ni, so tak boleh lagi cakap ala-ala mongol nanti org kata perasan - selingan saja). Berbalik kepada krisis, apa yang dilakukan oleh assistant janitor tu lebih kurang sahaja dgn yg suami aku lakukan. Alih sinki di bawah dan membasahkan bajunya dengan air yang melimpah keluar.
"rice? no...i don't think so" kata aku. Aku memang sentiasa berhati-hati membasuh pinggan. aku letakkan khas penapis makanan di dalam sinki. permanent.semua lebihan makanan disaring di dalam penapis itu dan aku lalukan air diatasnya atau air lebihan basuh pinggan supaya bau makanan hilang sebelum dibuang di dalam tong sampah. Di malaysia aku juga lakukan yang sama kerana semut akan cepat sahaja mengerumuni makanan di dalam tong sampah jika tidak dilakukan demikian.

"grease, er..maybe.."sambungku...dlm kepalaku terbayang juga pinggan mangkuk berminyak yang aku basuh, kadang-kadang ada juga lebihan sup daging yang penuh dgn lemak tepu apabila ia menjadi sejuk. atau lebihan kari. atau pernahkah aku menuang minyak di dalamnya? argh, minyak yg aku buangkan pun aku lalukan dgn air panas sehingga menjadi amat cair. apa-apa pun, itu tetap minyak. sah. gris. tapi adakah puncanya aku? seram sejuk aku memikirkannya. kenapa tidak aku terfikir.cuaca di UK adalah sejuk dan sudah tentu cepat membekukan apa sahaja gris di dalam saluran paip.

sedar tidak sedar aku sudah meletakkan kesalahan pada bahu aku dan aku amat takut sekali. bagaimana kalau kerosakan ini serius? adakah flat 51 akan dikatakan membuat hal lagi? aku teringat bagaimana aku menerima surat amaran kerana meninggalkan bilik gunasama tanpa memastikan kebersihan bilik air perempuan. argh, budak-budak bermain tisu, kenapalah aku tidak berhati-hati? aku terus membalas surat tersebut memohon maaf agar perkara sama tidak berulang dan agar kemudahan itu dikekalkan seperti sedia kala. bilik gunasama itulah yang digunakan untuk kebanyakan program keramaian komuniti melayu di sini.

aku terbayang klausa 10.3 dalam perjanjian sewa rumah: ..."kalau terdapat sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kamu (attributed to you), bayaran bil kerosakan boleh diserahkan kepada kamu untuk dibayar secara terus."
menyirap darah aku, aku rasa muka aku putih pucat sebab panik.

aku mula google dan cari kos bayaran plumber di UK - 140 pound, 200 pound, 300 pound, ikut jam, double kalau pada waktu malam. argh..ujian jenis apa ini? ujian yang teramat kecil Allah tunjukkan tapi cukup buat aku ketar satu hari. dan ujian debaran ini bertambah kerana aku tidak dapat menjangka bila ia akan berakhir.
"I will have to speak to Janet, and request a plumber."kata assistant janitor berjambang itu.
Janet? aku sudah terbayangkan rambutnya yang vogue dan wajahnya yang jarang menampakkan senyuman. ooh dimanakah janitor kesukaan kami Keith? mengapakah dia tiada pada saat kami memerlukan paling kurang muka yang manis?

"But I don't know when I will get things sorted out, I will have to go to the Tower Building." sambungnya lagi dengan pelat scottish pekat. Pelat mereka amat pekat dan kadang-kadang, silap-silap hanya 20% sahaja yang dpt difahami. maklumlah, bukankah sukar jika ayat tersbut ditukar dialek kepada terengganu seperti .."aku dok tahu bile nok buleh siak urusang ni, kekgi aku kne kerabak tower building pulok." doh guane???

"erm, do you think it has anything to do with the toilet as well? i flushed the toilet and saw water gushing out from the sink" kataku, sebahagiannya untuk memecahkan kesenyapan, selain divert penglihatan kami daripada assitant janitor yang duduk membongkok menunjukkan kehandalannya. haih, mat saleh ni tak boleh ke kalau tunduk tak menampakkan apa yang tak patut dinampakkan?? kami buat-buat tak nampak dan memang tak hingin nak tengok.

suamiku mengerlingku ingin menegurku supaya tidak bercakap apa yang tidak pasti. Assistant janitor tersebut mula mengambil maklumat yang aku berikan itu sebagai data. alamak, kang dia ingat toilet tu ada masalah pulak. tulah aku ni bukan jurutera nak berlagak jadi jurutera.

"yeah , probably, there may be a connection." dia rupanya telah membuat penakulan mantik. mampus! mesti dia ingat aku buang pad ke etc.
"is this a common problem?" nadaku semakin perlahan, apabila menyedari yang kami berada di dalam masalah.
"well, to be honest, its not common." katanya sambil senyum. argh, senyuman itu tidak dapat mengubati kesan halilintar respon yang diberi.

3.00 pm
Suamiku pergi ambil budak-budak dari sekolah. Aku membuka halaman-halaman buku International Trade Law aku..hati aku berkecamuk kerana aku terpaksa tuang kelas international dispute settlement. hmm..aku masih batuk teruk, jika bukan kerana masalah ini pun aku memang tidak dapat ke kelas. kudrat aku mengatakan yang aku boleh ke kelas tapi aku tak larat tahan kalau semua orang mengerling aku batuk seperti meyuruh aku blah sebelum menjangkiti mereka, atau minda aku diserang oleh arahan mengawal supaya jangan batuk dan tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada pensyarah di hadapan. aku masih serik drama batuk aku di library semalam: i literally coughed on the face of the libararian despite trying to avoid it..bila dah gatal tekak tak boleh buat apa, melainkan aku batuk sekuat hati, tapi mana boleh buat begitu di libary. itu jugalah yang menyebabkan aku meminta diri di tengah-tengah kelas dgn alasan.."i'm ok, its just that i can't stop coughing", glemer sekejap.

Helaian buku aku buka satu-satu, tetapi satu pun tidak dapat menangkap perhatian aku. Aku buka pula kes Texaco v Libya dan meneleng-nelengkan kepalaku pada skrin laptop sebelum aku mengenalpasti dokumen pdf aku harus dirotatekan kearah kiri. oh, alangkah lambat penakulanku. Usaha membaca tidak berhasil kerana aku tetap nampak imej bongkah hitam bergris yang sumbat dalam paip.argh!!

Tiba-tiba aku terdengar desiran air. Melimpah! seperti spring aku bangkit dari kerusi menuju ke dapur. aku lantas mengosongkan sinki, empat lagi baldi dipenuhi air.aku tapis air tersebut, bimbang tub mandi pula yang tersumbat. terdapat sisa nasi dan sayur kecil yang masih hijau. ini bukan sisa makanan kami! ini tentu sisa air orang lain. air apa ini? aku terus cuba menggunakan daya imaginasiku dan ilmu kejuruteraan aku yang hampir tiada untuk membayangkan struktur paip dirumahku, namun dinding yang nyata telah membataskan imaginasi liarku.

"maknanya air yang keluar dari sinki ini tidak ada kena mengena dengan toilet kita"
"sudah tentu ini air orang atas." kata suamiku melalui telefon. sedikit lagi dia sampai di rumah bersama anak-anak.
"call main office, katakan air sudah melimpah."saran suamiku. aku cuba mengelat. aku tidak mahu membuat panggilan itu.
"nombor ada di papan kenyataan kita tu di belakang pintu." nampak gayanya aku kena juga buat panggilan tersebut.
"tak ada orang angkat." kataku dlm telefon.
"call lagi satu nombor, residence office." sarannya lagi. aku tiada pilihan.orang kata berani kerana benar. tapi bagaimana aku harus berani kalau aku ni tidaklah benar mana. orang bersalah memang begitu.aku tahu aku ni contributory to the problem, tapi aku terpaksa apply criminal law punya priciple utk menyedapkan hati walaupun amat tidak berkaitan|: bahawa causal link itu mestilah kerana aku dan tidak ada break of chain untuk attribute sesuatu kesalahan kpd aku utk menjadikan ia sebagai actus reus kesalahan ini.

Aku amat yakin bahawa paip aku berkongsi dgn empat flat di atas. Dan takungan itu berlaku di paip utama di bawah paip rumahku. Aku hanya berharap orang di flat atas juga kerap menggunakan dapur dan paip itu memang tidak pernah di servis.
"can you please hold on a minute, i will connect you to Janet" kata orang yang menjawab panggilan telefon. Janet???? aku menelan air liur.
"did you pour oil in the sink?" itu soalan pertama Janet. Oh dimanakah dia belajar art of killing? aku terasa segalanya tersangkut di kerongkong. aku terbayang ada juga insiden ' acara menuang minyak yang cair yg dilalukan dgn air panas'..aku memang tidak pandai menipu.

"erm..i'm not sure of that....but blah..blah.." aku tukar topic lain. nada Janet seperti menuduhku atau paling tidak pun membuatkan aku rasa bersalah.
"is there anything that you can do to wait until tomorrow morning? I will call a plumber if the problem still exist the first thing in the morning." katanya. dia kata laporan tidak sampai kepadanya dan seolahnya kedengaran seperti sudah terlalu lewat untuk memulakan isu yang baru. Isu ini sesungguhnya tidak baru, aku dan suamiku sudah letih berdiri di tepi sinki menyambut air yang melimpah. aku telah jelaskan yang kami sudah memanggil assistant janitor sejak tengahari lagi, walaupun sepagian kami cuba menyelesaikannya sendiri.Aku kemudiannya menyatakan keesediaan kami berdua utk 'watch the sink' sehingga esok hari.

letihla nak cerita.
namun aku tidak puas hati selagi tidak merekodkan bagaimana isu krisis sinki ini telah membuatkan mukaku pucat, kakiku ketar dan otakku serabut. argh!!! Teruskan.

5.00pm
"jadi kita kena tunggu macam ni sampai esok pagi ke?" rungut suamiku
"takut nak demand lebih-lebih kat Janet tu,takpe kot air tak melimpah kalau kita guard." kataku. sangkaanku meleset. air semakin banyak. sesekali air yang keluar berwarna pink, ada pula yang mengandungi kulit telur baru.
"tak pasal-pasal kita kena sambut air basuhan orang." kata suamiku. betul juga kata dia, yang penatnya dia juga. seperti biasa, suamiku yang gentleman itu sudah tentu tidak mahu saya buat kerja berat-berat.
"kita kena buat shift malam ni, kalau tidak air akan melimpah ke ruang tamu." katanya lagi. memang tidak mustahil perkara itu terjadi kerana air yang keluar kelihatan semakin banyak. maklumlah waktu tersebut adalah waktu makan malam. air tidak juga reda. jam sudah menunjukkan 8.00 mlm.

8.00mlm
"saya nak call Janet."kata suamiku
"jangan! apa yang dia boleh lakukan pd waktu malam begini?" kataku. oh, aku tidak mahu 'encounter' dengan Janet malam begini, lebih-lebih lagi memaksanya melakukan perkara yang mustahil.
"tetapi ini emergency." kata suamiku. suamiku membaca dgn kuat notis asrama ..'in case of an emergency, please call bla..bla.."inilah masanya utk apply.
"takkan kita nak berdiri macam ni sehingga pagi esok." suamiku terus mendail nombor telefon ofis yang berkaitan tetapi tiada jawapan. akhirnya telefon diangkat oleh pihak sekuriti.
"that sounds serious. I will call the plumber for you." kata sekuriti. suamiku tersenyum lebar. akhirnya plumber akan dtg.
" tak rasa mcm tindakan kita over ke? kalau kos itu 'attributed' kepada kita sudah tentu kosnya berlipat ganda kerana servisnya pada waktu malam." kataku meluahkan kerisauan.
"jgn risau, biar diorg investigate issue ni. kita jgn nak memandai-mandai. lagipun kerosakan itu di paip utama, bukannya paip kita." alhamdulillah, suamiku tenang sahaja menghadapi isu ini. ah, biarkan sahajalah dia menguruskan perkara ini. aku cuma perlu bantu untuk menjadi telinga kedua bagi memahami apa yang dikatakan oleh mat saleh dlm telor scottish pekat itu.


9.00pm
plumber dtg. muda, dlm lingkungan 20an. aku berkurung di dalam bilik dgn anak2 dan meneka-neka apa yang berlaku di luar. dia mengenalpasti masalah tersebut adalah di saluran utama. rupanya dia memang contractor universiti. dia juga telah mengesahkan bahawa bayaran dibuat oleh universiti.paling tidak pengesahan tersebut menyenangkan hati aku. ignore dulu apa-apa pengesahan kedua yg mungkin akan dibuat oleh Janet nanti. plumber tersebut sangat baik dan langsung tidak menyalahkan sesiapa. sudah tentulah dia suka, duit masyuuuk.
aku dgr dia ckp sesuatu kpd suamiku sambil meminta diri.
"so, do i see you tomorrow morning?" kata suamiku
"no, i will be coming again in 15 minutes." katanya. sah. mesti masalah slang scottish lagi. aku tergelak apabila suamiku menceritakannya. plumber tersebut hanya mahu turun sekejap dan dtg semula nanti.
tidak lama kemudian dia naik dan menyatakan masalah tersebut tidak dpt diselesaikan pd malam tersebut kerana memerlukan mesin.

"o, then i will sleep in the kitchen tonight" kata suamiku. agaknya plumber tu kesian mendengarnya, dan tidak lama kemudian datang lagi seorang plumber berjambang membawa mesin yang agak besar. nampaknaya mereka tidak mahu mengalah pada malam itu. plumber itu membuka ruang rahsia yang menyorokkan paip utama di stor rumahku. ooh di situ rupanya kedudukan paip tersebut. plumber tersbut memasukkan wayar di dalammnya dan imej kelihatan pada skrin mesin perjalanan wayar tersebut. mesin tersebut telah mengesan bongkah hitam gris dan kotaran lain yang menjadi punca sumbat. memang tidak lari jauh dari imaginasiku.

'ok, i have informed residence upstairs not to use the sink until tomorrow morning." katanya. suamiku menyatakan bahawa dia juga telah mengetuk pintu penghuni atas tetapi hanya satu sahaja yang berjawab.
"don't worry, i gave them a good bang." katanya. ah, leganya. aku sudah terbayangkan katil dan tidur yang aman.
"that should do the trick for tonight, but please if there is any emergency, just call me at any hour." baik sungguh. plumber berjambang tu kata kepada suamiku, kalau mereka tidak dipanggil sudah tentu kami akan tidur di dapur dan masalah ini tidak akan selesai. lagi pula, paip ini memang belum pernah diservis dan kotoran sebegitu mengambil masa bertahun-tahun utk terbentuk. mereka berjanji akan datang sebelum pukul 9 pada esok hari. sebelum pulang suamiku menawarkan minuman.
"please, i would like to offer you a drink." plumber yang baru sahaja hendak pulang, terberhenti untuk memuliakan tawaran tersebut. suamiku mengeluarkan dua juice anggur bekalan zulfa harian ke sekolah dan menawarkannya. mereka kelihatan seperti tidak menyangkanya dan berkata..
"oh we don't drink that, thank you." hahaha...aku rasa mesti dia ingat suami aku nak offer dia minum arak..huhuh, sekali rupanya jus kanak-kanak..apa raaaa..
mereka pulang pada pukul 12mlm, dan sejurus itu kami melelapkan mata. alhamdulillah.



8.30am
alhamdulillah kerana diberikan tidur yang mencukupi.
tiga orang plumber dtg pd pagi tersebut. mereka membawa alatan yang tidak pernah aku lihat. tiba-tiba rumahku seperti di crime scene. walkie talkie sahut menyahut. perbincangan berlaku dgn loghat scottish pekat. aku tidak dapat mencuri-curi dengar kerana sebahagian besar masaku dibilik dan ruang begitu sempit utk aku mundar mandir. tidak lama kemudian satu lagi mesin dibawa. mesin utk memecahkan clog. mereka tidak dpt melakukannya dari bawah, lalu meminta izin utk mukar operasi dari ruma kami. keadaan tidak ubah seperti di crime scene. (dah kali kedua ke aku sebut?). aku terdengar bunyi rodokan mesin. suamiku kata mereka merodok dari atas dan bawah. ada beberapa orang di bawah yang membuat kerja tersebut. akhirnya air hitam pekat keluar dari sinki. ya, itulah cebisan dan lebihan bongkah gris yang berjaya dikeluarkan. aku terdengar air pili sinki dibuka dengan kuat..alhamdulillah! air dihisap masuk dengan laju..alhamdulillah.
suamiku mengucapkan berbanyak terima kasih.
"that would do for many years.." katanya sebelum beredar..alamak perli ke? eheheh..takpelah perli pun takpe..terima kasih banyak-banyak tak terhingga. aku rasa krisis sinki aku dah jadi krisis paip utama taymills, mereka melayan kami seperti mangsa kerana lebihan air melimpah ke flat kami yg berada paling hampir dgn paip utama. alhamdulillah.

tetapi adakah aku akan menerima surat susulan?
pasti ada surat warning, paling tidak kepada semua residents...tunggu....






2 comments:

deqan said...

Tragis aungguh... Deqan boleh imagine kecuakan alonh menunggu warning letter.. Mesti mcm masa deqan cuak kena prepare show cause letter kat hr...

Fadhilah said...

tak ada surat warning pun yang dtg, alhamdulillah. sbb sumbat kat main pipe, bukan kat flat kami.hehe