Sunday, August 29, 2010

Kek Idola

Kek ini adalah antara kek lapis yang sedap dan tidak melibatkan pewarna. Risau jugak bila buat kek lapis yg berwarna, kita sebenarnya tak berapa perhatikan had warna yang dibenarkan.Kalau letak pewarna sikit, tak cantik pulak.

Ok, kek ini telah dicuba di Dundee, menggunakan resepi ini, but of course with a little bit of modification.
DSC_0213

KEK LAPIS IDOLA

Bahan;
10 biji telur
16 oz mentega
200 gm horlick
50 gm serbuk santan
80 gm kaya
400 gm coklat masak ( dicairkan )
1 tin susu manis
1/2 gelas milo
1 1/2 gelas gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
sedikit browning dan warna kuning

DSC_0207

DSC_0206


DSC_0204

Cara;
Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu
Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang
Masukkan horlick, kaya, serbuk santan, susu manis, tepung gandum dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagia adunan kepada 2 bahagian.
Bahagian pertama diberi warna kuning. Adunan ini dibahagi 2 bahagian ( untuk lapisan bawah dan atas ).
Bahagian kedua, campurkan milo, browning sugar dan coklat masak tadi.
Bakar adunan kuning berlapis-lapis. Lepas itu bakar adunan coklat juga berlapis-lapis. Akhir sekali, adunan kuning lagi, bakar berlapis-lapis.

Sunday, August 15, 2010

Pengalaman Berpuasa di Dundee

Pengalaman berpuasa di Dundee adalah sangat menarik. Maha besar Allah, beribadat di sini sgt mendekatkan kita dengan kebesaran Allah swt dalam mencipta bumi ini. Waktu solat dan berpuasa berbeza begitu ketara sekali mengikut musim. Kali ini kami berpeluang berpuasa pada musim panas. Jumlah jam berpuasa di sini adalah lebih kurang 20 jam. Maknanya, hanya tinggal 4 jam sahaja untuk berbuka, tarawikh dan sahur. Semalam contohnya, waktu imsak adalah pada pukul 2.09 pagi dan maghrib pada pukul 9.00 mlm. Lebih kurang 5 jam extra berbanding berpuasa di Malaysia. Alhamdulillah ala kulli hal. Tapi Allah juga maha adil dan kaya, sungguhpun musim sekarang adalah summer, panasnya tidaklah seterik jika berada di Malaysia. Cuacanya Alhamdulillah, sejuk dan sentiasa hujan, terutamanya pada hari-hari awal berpuasa.
Perbezaan tempoh masa berpuasa membuatkan aku mengimbas semula ilmu geografi yang tak seberapa tentang pergerakan bumi mengelilingi matahari. Aku juga semak kejadian ini melalui internet.

Bumi kita seperti yang kita tahu berpusing mengelilingi matahari (365.25). Bumi juga berpusing pada paksinya (24 jam). Paksi tersebut adalah sedikit condong sebanyak 23.5 degree. UK mengalami musim panas apabila bumi condong kearah matahari dan siangnya menjadi lebih panjang kerana kedudukan UK yang sangat hampir di utara. Pada musim sejuk pula siangnya akan menjadi sangat singkat kerana kedudukan UK yang berada jauh dari equator. Di Shetland Island UK, tempoh siang boleh mencapai sehingga 23 jam dan di utara Norway yang dikenali sebagai ‘the land of the midnight sun’, 24 jam.

Jadi kita boleh bayangkanlah bagaimana waktu solat boleh berubah dengan begitu ketara. Dikatakan di sini, waktu isyak tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana matahari tidak hilang sepenuhnya pada musim summer. Jadi kami solat isyak sebaik sahaja selesai solat maghrib. Kalau kita tengok ke langit pada waktu itu, kita akan dapati bahawa malam di sini tidaklah segelap Malaysia.

Saya pasti teruja melihat perubahan waktu solat pada musim sejuk nanti. InsyaAllah.

Saturday, August 14, 2010

Gantung Kuali

Baru ingat nak gantung kuali bulan ramadhan ni, tapi tadi pergi Mathews (kedai menjual makanan oriental)terjumpa pulak kepala ikan kod dan salmon 50p dan 70p sahaja. Kalau convert RM dalam lebih kurang RM3, murah tu. Buat kari kepala ikan atau masak lemak cili api mesti sedap.Ehm,simpanlah dulu dlm peti, sebab malam ni nak berbuka puasa di masjid.InsyaAllah.
DSC_0248

DSC_0249

Kepala ikan di sini murah sebab orang putih memang tak makan benda ni. Dulu, kepala ikan ni memang tidak ada harga dan dibuang begitu sahaja, tapi apabila mereka dapat tahu kepala ikan dimakan oleh orang asia, mereka mula menjualnya.

Antara barang yang aku angkut dari mathews ialah tepung beras, tepung pulut, beras pulut, santan, lengkuas dan serai. Stok ramadhan dan raya kot.
DSC_0247

Setakat ni, barang masakan yg biasa digunakan di Malaysia boleh didapati di kedai mathews tu, sebab kita share bahan masakan/makanan yang sama dengan orang Thailand. Ada banyak produk Thailand di situ. Aku selalu tanya kawan Thai aku kalau ada barang-barang yang aku tak jumpa. Dia yang cdgkan, contohnya kalau nak dapatkan udang yg besar,murah dan belum dimasak, aku patut pergi ke Freshfarm.Memang sedap, tapi udang tu dah dikupas dan tiada kepala serta ekor.

Barang yang masih belum dijumpai disini ialah daun kesum, bunga kantan, sayur keladi, daun pisang..atau aku yang masih belum explore lagi.

Thursday, August 12, 2010

Buku sudah sampai

The books have arrived at my doorstep.Duit biasiswa memang patut diperuntukkan sebahagiannya untuk membeli buku.Di sini buku lebih mudah dibeli. Buku-buku tersebut adalah buku-buku terpakai yang saya beli di Amazon.Harganya jauh lebih murah dan kualitinya masih baik. Menariknya disini, orang putih tidak menconteng buku-buku mereka malahan nama juga tidak dicatatkan. Sudah menjadi budaya mereka untuk memelihara barang-barang mereka agar kelihatan baru kerana barang-barang tersebut boleh disumbangkan kepada kedai-kedai kebajikann (charity shops) atau menjualnya di car boot, gumtree atau ebay.


buku3

buku1

Saya sedang mengumpul buku-buku di dalam bidang pengajian sedikit demi sedikit. Undang-undang percetakan di sini adalah ketat, sehingga tidak membenarkan percetakan/ photocopy dalam jumlah yang banyak. Kemudahan mesin fotostat juga terhad dan proses cetakannya amat lambat. Justeru disini adalah lebih economic jika buku-buku dibeli sahaja, biarpun diatas tangan.Kalau di Malaysia, sudah tentu buku-buku tersebut sudah selamat dihantar di kedai-kedai fotostet dgn bayaran yang murah dan hasil cetakan yang amat memuaskan hati.