Tuesday, August 09, 2011

Sila jgn balik rumah selagi belum siap bahagian 3.2

(Trans: Please do not go home unless 3.2 is done!)

Saya turun lebih awal ke ofis. Harapnya dpt pulang awal juga sebab saya tahu dlm pukul 3 ptg bulan puasa ni, kepala rasa mcm dah nak switch off dah tentang research. Tapi saya tahu sebaiknya jika kita berehat sekalipun, research tu jgn switch off sepenuhnya. Biarlah pada suhu tempe.hehehe.

Ada beberapa bahagian lagi yang belum siap. Saya target nak hantar bulan puasa ni juga, supaya paling kurang boleh beraya sehari dua dengan aman dan berprogress. Raya berprogress. Walaupun selepas tu, pasti ada komen membina dari SV.

Selamat berbuka!

Friday, August 05, 2011

Sorotan Ramadhan

Teringat semasa pertama kali berbuka di asrama banat, IUA Sudan. Saya baru beberapa minggu tiba di Sudan. Para pelajar dikumpulkan di luar bangunan yang ditutupi pagar tinggi.
'Malizi, Somali...Yallah!'
Kedengaran wakil pelajar menjerit meminta wakil dari setiap negara mengambil dulang masing-masing.
Terdapat beberapa orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di situ. Alhamdulillah, ada juga tunjuk ajar ekspres yang aku perolehi dari mereka. Kebanyakannya adalah tunjuk ajar untuk mengharungi kehidupan seharian di asrama itu khususnya dan di Sudan amnya.

Saya melihat dulang yang dibawa Kak Nini. Beberapa biji kurma kering, tujuh batang roti yang agak keras, kuah dan beberapa ketul daging dan tujuh gelas air karkadeh.
'Fadhilah, di sini, inilah menu berbuka puasa kita. Esok, insyaAllah mungkin ada nasi' kata Kak Nini yang sudah beberapa tahun berpengalaman di asrama itu.Mungkin dia telah terlihat reaksi saya terhadap komposisi makanan tersebut.
'Tapi hari ni Kak Nuha ada bawa sambal yang baru dibuat di sutuh (bumbung)tadi' kata Kak Nuha.
Itulah pengalaman pertama saya berbuka di perantauan setelah 18 tahun berbuka di samping keluarga atau asrama di Malaysia. Tidak pernah saya lihat hidangan seringkas ini. Di dalam hati saya terdetik juga samada saya akan kenyang dengan makanan sebegini. Namun Alhamdulillah, saya teringat tujuan abah dan mak saya hantar saya ke situ. Bukannya abah tidak tahu kehidupannya yang serba kekurangan, bukannya dia tidak tahu cuaca yang begitu panas di situ. Namun, beliau yakin yang anaknya boleh mengharunginya dan boleh belajar darinya. Ya, jika kesenangan relatif yang aku inginkan sudah tentu aku minta abahku menghantarku ke Jordan atau Kuwait, ataupun dibatalkan sahaja niatnya itu.
Saya menjamah makanan tersebut. Saya menjumpai keenakan di dalam makanan yang serba sederhana itu. Menakjubkan. Saya juga dapati betapa mudahnya untuk saya rasa bersyukur pada waktu itu. Ya, lebih asas sesuatu hidangan itu, lebih kerdil yang dirasakan. Saya lihat pelajar Afrika lain makan dengan gembira seolah-olah tiada kekurangan pun pada hidangan tersebut. Hanya beberapa suap yang singgah di mulut saya, saya sudah rasa kenyang. Ya Allah, itulah berkatnya makanan. Ah, kenapa saya perlu rasa bongkak pada awalnya?

Saya tertanya -tanya mampukah saya mengekalkan keinsafan tersebut?
Ya Allah permudahkanlah jalan kami untuk membina talian yang kuat denganMu melalui rezeki yang Engkau berikan.

Tuesday, August 02, 2011

Berbuka di Rumah

Hari ini kami decide nak berbuka di rumah. Lauk hari ini ialah ikan makarel bakar, air asam dan ulam pegaga. Alhamdulillah.



Selepas solat tarawikh, Zulfa dan Muadz sempat belajar satu baris dari Surah Al-Baqarah.

Iftar

Semalam saya sempat menyediakan popiah goreng bersalut cili manis dan bijan sebagai juadah berbuka puasa di masjid.

Kuih ini orang melayu sahaja yang gemar. Orang arab yang menjamah kuih ini di masjid semalam, seperti yang saya agak, tidak menghabiskannya. 'Gula bersama cili'will never work for them!

Zulfa dan Muadz bersedia ke masjid.


Tadarus al-Quran, bacaan dibuat secara bergilir.