Wednesday, April 13, 2011

Gaya Penulisan

Selagi kita tidak benarkan orang lain membaca kerja kita, selagi itu kita tidak tahu tabiat kita dalam penulisan, terutamanya tabiat-tabiat yang mengganggu pembacaan. Memang pada awalnya saya berasa segan untuk menunjukkan penulisan kita kepada kawan-kawan sebidang, tapi apabila difikirkan semula, saya sepatutnya menghilangkan rasa malu tersebut dan berlapang dada menerima kritikan. Lagipun, penulisan kita akan dibaca juga oleh panel penilai, dan sudah tentu kita tidak mahu menerima kritikan terkumpul, yg berkemungkinan menyedihkan kita. Justeru, saya benarkan beberapa kawan melihat kerja saya.

laptop

DSC_0854

Gaya penulisan bagaimana yang dikatakan baik di dalam undang-undang? Ada penulisan seperti gaya hakim bercakap atau peguam berhujah, ada pula yang lebih suka ayat-ayat yang ringkas dan tepat. Namun, saya jarang melihat gaya penulisan ringkas di dalam undang-undang. Adakah penulisan ringkas tidak sesuai dlm bidang ini dan mematikan keterampilannya (elegance)? Adakah itu yg dikatakan egoistik di dalam penulisan undang-undang? Saya masih lagi mencari gaya yang sesuai. Saya sudah terlampau terbiasa membaca penghujahan dan penulisan yang panjang dan berkoma-koma berbanding noktah. Saya juga terpengaruh dengan penulisan menggunakan ayat-ayat pasif (menurut penilaian seorang kawan). Saya harap saya mendapat rentaknya tepat pada masanya.