Ketika orang putih di sini menyambut krismas dan new year, kami beberapa keluarga mengambil kesempatan untuk menggunakan masa cuti tersebut mengenali dengan lebih dekat Scotland. Kali ini, trip kami meliputi kawasan sebelah barat Scotland, selari dengan Dundee, iaitu ke Inveraray, Oban, Glencoe dan akhirnya turun ke bawah sikit iaitu Glasgow. Trip ini hampir dibatalkan berikutan salji yang sangat lebat dan pengalaman memandu yang terbatas. Tambahan pula, ahli kami yang handal dalam bab kereta sudahpun kembali ke Malaysia beberapa bulan yang lalu. Entah dari mana dtgnya semangat tu, saya lihat ahli2 trip ni semakin berkobar-kobar untuk pergi apabila tarikh semakin dekat. Jadi kami merancang dengan teliti segala keperluan dan persediaan yang diperlukan sebelum dan semasa trip tersebut termasuklah servis kereta, beli peta bagi yang belum ada utk back up garmin/satnav/tom tom etc, mencari poskod dan lokasi tempat dituju, menu utk dimasak secara berkumpulan dan bahan-bahannya dan lain-lain.
Seperti yang dijangka, kami terpaksa menempuh jalan yang diliputi salji pada awal perjalanan keluar dari Dundee. Kereta tidak boleh dipandu laju, dan jika perlu brek, tidak boleh brek mengejut. Subhanallah, pemandangan jalan dan bandar-bandar kecil diliputi salji adalah amat indah sekali.





Ini adalah contoh bandar kecil yang diseliputi salji.
Jalan jadi comot sebab garam yang ditabur utk mencairkan salji.
Lokasi: Antara Perth dan Crief, route A85.
Sejurus sampai di Inveraray, kami melawat penjara lama Inveraray. Penjara pun jadilah, sebab tak banyak tempat yang dibuka pada musim sejuk. Penjara ini kecil sahaja, tapi agak informative - diceritakan bagaimana pesalah disabit (petty crimes seperti mencuri gandum, jam tangan) dan hukumannya, serta kemudahan di dalam penjara dalam era 1800s. Ala, lebih kurang mcm Penang waktu mula-mula British rampas dulu, ada legal chaos, tunggu Charter of Justice dari England, sementara tu mcm2la hukuman pelik2 yang dijatuhkan.

Penjara ini juga sering dikunjungi oleh ghost seekers, dan mereka dibenarkan bermalam disitu.

Ini adalah dapur penjara.

Dlm penjara ini juga ada court room, diperdengarkan hearing yang dirakam.
Kami sampai di Inveraray agak awal, jadi kami terpaksa cari port utk makan tengahari dan solat zuhur.Oleh itu kami kumpulkan sahaja makanan di boot kereta salah seorang ahli dan buffet sahaja. Semua orang makan dalam kereta masing-masing sebab terlampau sejuk. Kami juga solat di dalam kereta kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar.

Rancangan kami ke Hollow Mountain, Cruachan gagal kerana tidak dibuka. Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Oban.

Sempat juga kami berhenti tepi jalan untuk ambil gambar sekitar Cruachan. Perhatikan di belakang kami air sudah mula membeku dibahagian tepi, manakala yang lainnya mengalir dibahagian tepi.

Oban ialah bandar kecil yang menjadi tarikan pelancong kerana kecantikannya dan jeti yang menghubungkannya dengan destinasi pelancongan yang lain seperti Isle of Mull.


McCaig's Tower

Kami sempat berjalan di bandar Oban dan singgah di kedai charity (itu aje yang mampu), untuk cari selipar. Malangnya harga di kedai charity adalah lebih mahal berbanding di Dundee. Zulfa dan Muadz sempat jugak beli buku dan mainan yang harganya kurang dua pound.
Keesokan harinya kami memandu menuju ke Glencoe untuk bermain salji (padahal salji di Dundee jauh lebih lebat berbanding Glencoe pada waktu tersebut). Walaubagaimanapun, keindahan Glencoe sukar ditandingi tempat-tempat lain di Scotland. Malangnya hari sudah gelap ketika kami berupaya berhenti untuk mengambil gambar. Biarlah pemandangan gunung-ganang bagai landskap lukisan itu terpahat dalam kepala sahaja. Lain kali ada rezeki, boleh pergi lagi dan boleh lajak ke Fort William yang belum pernah kami kunjungi. Dengarnya Fort William elok dikunjungi pada musim panas. Di Glencoe, kami naik ke atas gunung menggunakan chairlift dan melihat orang putih mengangkut peralatan ski mereka. Seram juga naik chairlift tu sebab bergantung kepada satu palang je utk keselamatan. Alhamdulillah semuanya selamat.
Pemandangan menarik dlm perjalanan ke Glencoe.


Lokasi: Glen Orchy, route dalam towards Glencoe. Tidak dinasihatkan melalui jalan ini pada waktu malam - sempit, sunyi dan tiada lampu.
Ini adalah pemandangan dari atas chairlift. Air terjun yang beku. Subhanallah. Semuanya mudah bagi Allah swt.


Chairlift. Seram nak bawak keluar kamera dan melepaskan tangan dari palang keselamatan.
Setiap kali pulang ke Youth Hostel, Inveraray, kami bekerjasama memasak. Sedap sungguh, antara menunya sepanjang cuti tersebut - ikan masin, tomyam, kerutub, kerabu mangga dan daging, nasi tomato, ikan bakaq, ayaq asam....pertandingan cheesecake pun ada, dan kamilah yang menang...heheh



kerabu mangga

Pasembor


yg main scrabble sambil makan pun ada.
Sebelum meninggalkan Inveraray, kami tidak melepaskan peluang ambil gambar di tempat2 yang dirasakan menarik.

Alhamdulillah perjalanan adalah lancar dan kami dapat melihat sebahagian kecantikan semulajadi yang terkumpul di Scotland. Perjalanan sebegini adalah lebih baih dari melihat ketinggian bangunan (yang tertinggi atau terbesar atau tercantik etc) yang melambangkan keangkuhan manusia. Cantik sungguh, tak ada perkataan dah nak gambarkan, dan pemandangan juga berbeza dalam setiap musim yang berbeza. Subhanallah.
Balik ni kena pegang buku la....